Bab 9

Humor Completed 15666

Seorang lelaki berpakaian doktor menghampiriku dengan membawa sebuah fail dan sebatang pen. Dia mencatat-catat. Aku masih terasa lemah. Tak boleh bersuara. Mata melilau keadaan sekeliling.

“Hai Sleeping Beauty. Akhirnya ada prince charming yang datang kucup. Welcome back,” doktor itu bersuara menyambut ‘kepulanganku’. Dia tersenyum lebar. Dia tengok Sleeping Beauty ke? Tak habis-habis dia panggilku sebegitu. Kacaknya. Diakah doktor yang merawatku selama ini? Suara yang sama. Allah! Malunya aku! Ya. Dia memang kacak. Benar kata si jururawat. Doktor ini hanya tersenyum manis merenungku.

“I… ib… ibu?” lemah suaraku berbisik. Suaraku masih perlu diperbaiki!

“Your mom, dia turun makan tadi. Kami terpaksa suruh dia makan sebab dia duduk kat sini dah lebih dari sepuluh jam. Kami risau sekiranya ibu awak pengsan sebab dia nampak macam lemah. Don’t worry. She’ll be back. Jururawat kami temankan dia,” ujar si doktor.

“Cik Kira! Oh my! Dia buka mata lagi cantiklah. Natural beauty…” puji seorang jururawat ramah. Aku melihat tag namanya. Oh! Jururawat yang paling ramah itu, bernama Zainab. Suara dia yang sering berbual panjang denganku.

“Ha ah. Welcome back!” jururawat yang lain tersengih lebar. Aku mengukir senyuman. Entah bagaimanalah rupa senyumanku dalam keadaan begini. Mereka semua… oh! Aku terlambat membuka mata. Badanku sudah diteliti oleh si doktor ini.

Si doktor duduk di sisiku. Dia tersenyum.

“Lega awak dah okey, Cik Kira. Barulah saya boleh balik ke rumah. Keadaan awak masih kurang elok sebenarnya. Mungkin lagi beberapa hari awak akan diperiksa lagi. Kali ini dengan mata yang dah terbuka. Mungkin rasa malu awak akan berganda-ganda. But don’t worry! Tinggal beberapa hari lagi awak diperiksa saya. Kalau kesihatan awak bertambah baik, awak akan bertukar wad. Bertukar wad bererti bertukar doktor. Doktor Bahiyah. Dia akan menggantikan saya. Terima kasih sudi menjengah dunia semula,” dia tersenyum.

Air mataku mengalir. Syukur. Syukur doktor lain yang akan merawatku nanti. Tapi… kenapa masih dia yang bakal merawatku dalam tempoh beberapa hari ini? Mungkin Doktor Irfan ini di bahagian kecemasan…

“Jangan menangis… saya serba-salah ni,” dia berkerut sedih.

Aku tersenyum. Aku menangis bersyukur. Bersyukur. Cuma tak berapa larat nak bersuara. Aku hanya mampu tersenyum.

“Teri… ma… kasih,” luahku lambat-lambat.

“Tanggung jawab saya,” dia tersenyum. Aku mengangguk.

“So, sebelum ni, segala perbualan kami awak dapat dengar dengan jelas?” soalnya. Aku mengerdipkan mata tanda aku dengar. Mukanya bertukar merah sedikit.

“Awak maafkan jururawat saya yang senget-senget belaka ni ya?” soalnya sambil tergelak kecil. Aku tersenyum dan mengangguk. Jururawat yang lain tergelak kecil.

“Lepas ni, saya harap, hubungan awak dan ibu awak akan okey,” ujarnya sambil tersenyum lagi. Aku angguk sedikit. Aku juga mengharapkan perkara yang sama. Berharap benar…

“Teruk? Ke.. kea..daan saya?” soalku.

“Sekarang atau sewaktu mula kami ‘terima’ awak?” soalnya sambil tersengih menampakkan gigi ratanya. Matanya tersepet. Comel.. hailah! Betul kata jururawat-jururawat di sini. Sudahlah muka dia flawless habis. Nasib baik aku sedang terlantar sakit. Kalau tak, ingin juga mencuba nasib.

“Now..” ujarku.

“Sekarang, you look great. Cute, beautiful.. natural beauty bak kata si Zainab. Ibu awak pasti akan gembira bila awak dah sedar dari lena. Kesian dia, kurang tidur memikirkan awak,” ujarnya sambil tersenyum. Aku tertunduk sekejap. Kesian ibu.

“Kalau.. du.. lu?” soalku pula. Teringin juga nak tahu penampilan aku sepanjang koma. Macam hantukah? Macam Kak Limahkah? Aduhai. Bila celik mata, perangai mengada-ngada pula tiba-tiba muncul. Tak terfikir dah aku sedang sakit! Ya Allah!

“Awak ni, nak bercakap ya? Nanti dah sihat, kita pergi dating erk? Boleh berbual panjang dengan saya. Awak tu tengah sakit. Tak elok bercakap banyak-banyak. Kalau dulu, keadaan awak, teruk. Kritikal. Saya ingat… awak dah tak dapat diselamatkan. Keadaan ibu awak lagi teruk dua tiga kali ganda dari awak walaupun dia tak cedera,” dia menjawab soalanku setelah puas membebel. Cis! Sempat lagi ajak dating. Kaki ayat! Keadaan ibu lagi teruk? Kasihannya ibu. Tentu ibu risaukan aku setengah mati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience