Bab 17

Humor Completed 15666

“GOOD morning, my Sleeping Beauty princess,” sebaik sahaja aku mencelikkan mata, dia menyapaku dengan kata-kata itu. Aku tersenyum. Aku tak tahulah kenapa dia suka sangat pada Sleeping Beauty. Dari aku koma, bawa ke zaman kami bercinta dan kini, bawa ke zaman kami bernikah. Dia masih memanggilku sebegitu.

“Mata yang terpejam sangat cantik… tapi sebaik sahaja mata yang terpejam ni dibuka, kecantikannya berganda-ganda. I love you,” luahnya sambil mengucup mataku. Aku angguk. Pipinya aku pegang.

“Love you too,” ucapku. Dia tersenyum.

“Dah lama perhatikan saya tidur?” soalku.

“Tak lama mana. Sebab my Sleeping Beauty ni memang pantang kalau ada yang perhatikan dia. Cepat aje mata dia nak buka…” bebel suamiku.

Aku tersengih. Nak buat macam mana? Memang pesen aku begitu. Tak selesa diperhatikan. Cuma sewaktu koma sahaja aku tak boleh nak buka mata. Bersyukur sungguh aku, dapat menghayati detik bahagia begini. Dapat merasai nikmat di dunia sekali lagi. Alhamdulillah hubungan aku dengan ibu bertambah baik. Alhamdulillah, dia sudi menerima kekuranganku… kesan pembedahanku langsung tidak dia ambil peduli. Dan alhamdulillah, hantaran tak jatuh! Hahaha.

Alhamdulillah.

“Tersenyum seorang diri pulak,” dia menegur. Aku memandangnya dan tersenyum malu.

“Terima kasih selamatkan saya, abang,” buat pertama kali aku memanggilnya begitu. Muka dia teruja semacam. Bangga sangat dipanggil begitu.

“Dengan izin Allah. Alhamdulillah…” dia mengucup keningku. Aku tersenyum. Lega. Lega kerana dia suamiku!

“Terima kasih sudi terima kekurangan saya,” ucapku.

“Dan terima kasih sudi terima kekurangan abang ni. Kuat menyakat, kuat gelak..” dia tersenyum dan menghantukkan perlahan dahinya ke dahiku. Hidung kami bersentuhan.

“No problemo,” aku menjawab. Dia tersenyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience