Bab 14

Humor Completed 15666

SELEPAS kejadian kami berdating kali pertama pada lima bulan lepas, kami sekarang ini sudah sah bergelar pasangan tunang. Aku tak mengambil masa yang lama untuk menerimanya. Dan.. bulan depan, kami bakal melangsungkan perkahwinan. Kami cuba mengenal hati budi masing-masing. Ibuku juga sukakan Irfan. Sebab dia lelaki yang sopan dan menghormati orang.

Cincin tunang yang disarungkan emak Irfan ke tanganku benar-benar membuatkan aku rasa bahagia. Anehnya cara cinta itu hadir. Dia kata, dia mula rasa sesuatu padaku ketika melihat aku menangis. Menangis kerana aku tidak mahu dia melihat tubuhku. Dia kata, sepanjang ibuku merintih, setitik pun air mataku tidak tumpah sedangkan air matanya sendiri beberapa kali tumpah dek rintihan ibuku. Aku juga. Cuma aku tak mampu menangis! Tapi, sebaik sahaja dia berkata, dia ingin melakukan pemeriksaan pada dadaku, aku berjaya menangis. Itu tandanya aku benar-benar dipelihara sifat malu. Benar katanya.

Aku juga tak sangka yang aku bertarung dengan diri sendiri sekuat itu sampaikan aku akhirnya mampu menangis dan menggerakkan jemari. Katanya, sejak itu dia memandang sesuatu yang berbeza padaku. Setiap kali isu pemeriksaan dada itu dibangkitkan, setiap kali itu jugalah aku mengubah topik. Jangan ingat aku boleh bereaksi tenang jika topik itu dibualkan.

Dia bukannya suami aku! Tapi mujur juga dia bakal suamiku! Kalau tidak, free-free sahaja dia melihat dadaku. Hew. Ya, dia doktor yang merawatku. Kadang-kadang aku cemburu dia merawat perempuan lain. Wajarkah aku bersikap begini? Hmmm. Tapi tak mengapalah. Aku percaya pada cinta dia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience