Bab 13

Humor Completed 15666

“Ya. Bila saya tengok katil tempat saya merawat awak dulu lebih dari sepuluh kali sehari, itu tandanya saya betul-betul rindukan awak. Melur, Zainab dan Aisyah yang sedarkan saya,” ujarnya berterus-terang. Sebuah senyuman terukir di bibirnya.

“Awak. Err, awak… pasti?” soalku semakin gugup.

“Pasti sangat. Saya pasti seratus peratus. Saya tak pernah macam ni. Jangan takut ya, Kira. Saya tak kisah perasaan awak pada saya. Saya harap kita dapat berkawan dulu sekiranya awak tak merasakan hal yang sama,” dia memandangku sekilas. Aku tak merasakan perkara yang sama pada orang yang menutup aibku? Memang gilalah aku! Tentulah aku merasakan hal yang sama. Tapi.. kalau aku mengaku, malulah!

“Err, kita berkawan dulu. If okay, then.. why not?” soalku. Muka kebas semacam apa! Tak sangka aku segatal ini! Sumpah aku rasa geli dengan kata-kata sendiri. Terasa seperti menggedik pula.

“Alhamdulillah. Saya kena bekerja keraslah nak menangi hati awak ni,” dia tergelak kecil. Aku memalingkan muka ke luar tingkap. Kelakar! Tak tahu apa yang kelakar sebenarnya. Dia atau situasi ini? Terlalu kekok! Dan dia… terlalu berterus-terang!

“Setiap hari saya pandang katil yang sama. Kadang-kadang kaki melangkah ke katil tu tanpa sengaja sebab sewaktu awak koma dulu, saya selalu berdekatan dengan awak. Perhatikan awak tidur… bila saya berjalan ke sana. Tiada pesakit, si Melur dan Zainab tergelakkan saya gila-gila. Diorang kata saya angau tahap tak dapat nak bantu. Hari pertama saya okey lagi. Bila dah seminggu, kaki terus lagi buat kesilapan yang sama. Berjalan ke situ, saya dah tak boleh buat apa. Saya terjumpa ibu awak dekat Selayang Mall pagi tadi, saya minta alamat awak dan nombor telefon. Ibu awak beri. So, here I am,” ceritanya. Aku tergelak kecil mendengar cerita ‘angaunya’.

“Saya cerita ni kisah benarlah, awak! Jangan ketawakan saya. Malu betul saya ni,” dia berkata sambil tergelak kecil. Aku tergelak semakin besar. Tak susah untuk aku menyesuaikan diri dengan dia disebabkan dia bersikap terlalu jujur.

“Kawan baik saya cakap saya dah jatuh cinta. Sebab dulu pun dia macam saya. Angau tak bertempat sampaikan sanggup memasak untuk perempuan tu. Sekarang dah jadi isteri dia. Dulu, dia selalu cari gaduh dengan isteri dia. Isteri dia tu jiran kami. Rupa-rupanya jiran kami tu bakal tunang dia. Bila dia dapat tahu tu, dia asyik nak menegur sahaja tunang dia. Si bakal tunang dia pulak waktu tu masih tak tahu dia tu siapa. Kesian dia, asyik kena marah saja. Tapi dia rileks. Setiap hari, perkara wajib dia buat, duduk bertenggek dekat depan rumah tunggu bakal tunang dia keluar siram bunga. Sampai tak sedar, benda tu dah jadi rutin harian dia. Macam kes saya sekarang,” dia tergelak lagi. ku tersengih.

“Takkan si bakal tunang dia tak tahu langsung?” soalku.

“Ya, dah banyak kali kawan saya bagi klu. Tapi, bakal tunang dia tak dapat catch up. Yang si perempuan tu menyampah gila kat dia sepanjang kami berjiran. Sebab dia kuat menyakat. Mereka bertunang pun ibu bapa yang aturkan. Sebab tu masing-masing tak tahu. Kawan baik saya dapat tahu pun sebab perempuan tu menjerit sewaktu bercakap dalam telefon dengan dia. Ada dua suara. Real dengan OTP. So, dia taulah itu bakal tunang dia,” dia bercerita. Aku tergelak.

“Bila tunang dia dapat tahu?” soalku ingin tahu.

“Dia minta putus tunang. Entah macam mana ayat yang si Bad kawan saya tu pakai… mereka kahwin sekarang,” ceritanya. Aku tersenyum.

“Sampai minta putus tunang?” soalku.

“Hm. Sebab dia malu kut? Entahlah. Tapi diorang dah sama-sama sayang waktu tu,” ceritanya. Aku tersenyum.

“Sweet…” pujiku. Dia angguk.

“Kan…” dia mengiyakan. Aku mengangguk.

“Err, awak. ada rasa sakit-sakit lagi tak?” soalnya mengubah topik.

“Tak dah. Kadang-kadang senak-senak dada macam tu ajelah,” lama-lama aku terdiam apabila perkataan ‘dada’ aku sebut. Gulp. Dia pun terdiam. Terus kami tidak berbual lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience