Bab 6

Humor Completed 15666

“CIK Kirana, kami datang nak bersihkan badan cik. Sudah dua hari cik tak mandi. Jangan risau, kami cuma lap-lap saja. Di bahagian dada kami tak dapat nak lap disebabkan keadaan cik agak teruk di kawasan itu,” suara seorang jururawat perempuan berkata lembut. Ya Allah. Sampai beginikah dugaanku? Dahulu, aku sendiri yang menguruskan diri. Sekarang? Orang lain yang menguruskan kebersihanku. Orang yang tak dikenali pula tu. Sedihnya.

“Lepas dah siap bersihkan dia, panggil saya. Saya tunggu kat depan sana,” si doktor lelaki yang selama ini merawatku bersuara. Sepanjang dua hari merawatku, dia seorang doktor yang sangat prihatin. Ya! Senang aku dirawat olehnya. Cuma, setiap kali dia merawat bahagian dadaku… aku tak mampu nak gambarkan betapa jiwa aku memberontak tidak mahu dirawat!

“Baik doktor,” patuh suara dua-tiga orang jururawat.

“Tutup tirai rapat-rapat. Kat sini banyak pelawat lelaki,” pesan doktor itu lagi. Hatiku berdetak sesuatu. Dia menjaga aibku. Mungkin dengan orang lain pun sama… tapi, bagusnya doktor ni. Sudah menjadi tugas dia pun, dia masih lagi meminta maaf dariku. Sedang begini, dia memahami. Who are you, doctor? Nak sungguh aku mencelikkan mata dan melihatnya namun aku tak berdaya! Bunyi tirai ditutup.

“Cik Kirana, kami tukarkan pampers ya?” suara jururawat perempuan itu berbunyi lembut. Ya Allah! Aku pakai pampers? Malunya! Terasa diri ini terlalu menyusahkan orang. Beberapa minit mereka bercakap-cakap denganku. Namun tubuhku tidak merasa sebarang pergerakan mahupun sentuhan. Mereka membersihkan aku atau sengaja bercakap ni? Konon-konon buat kerja?

“Cik Kirana ni beruntung tau? Tak ramai pesakit yang dirawat Doktor Irfan. Dia kacak! Bukan kacak sikit-sikit tau? Kacak gila! Kalau Cik Kirana tak percaya, bukalah mata. Tengok muka doktor tu dengan mata kepala Cik Kirana sendiri. Dia tu sopan-santun, baik budi, hormat orang tua. Serba-serbilah dia positif! Mujurlah saya ni dah bertunang tau? Kalau Cik Kirana nak jadikan dia calon suami pun boleh. Padan benar dengan cik. Cik cantik. Tapi, syaratnya… cik kenalah buka mata dulu. Kenalah bangun! Cik kena kuat.

Bukan setakat Dr. Irfan yang cik boleh tengok, cik boleh tengok doktor-doktor lain yang kacak-kacak. Ibu cik pun cik boleh tengok. Kesian dia. Doktor tak bagi dia uruskan cik jadi dia terpaksa tunggu di luar. Cik jangan salah anggap pada ibu cik ya? Dia teringin… sangat nak bersihkan cik. Untung cik ada orang yang sayangkan cik sampai macam tu,” si jururawat yang begitu ramah berbual denganku. Dalam kata-katanya terselit juga ayat-ayat kelakar. Tapi aku tak mampu tersenyum!

Beratnya dugaan… bunyi tirai dibuka. Eh? Aku sudah dibersihkan atau belum? Dadaku rasa sempit. Kalau betullah aku koma, kenapa aku tak rasa macam sakit-sakit? Kenapa macam rasa kebas-kebas? Seluruh badan rasa macam tak selesa!

“Doktor, kami dah siap,” jururawat memanggil. Sudah siap? Aku tak rasa apa-apa pun? Dibasahkan, dikeringkan? Memang tiada rasa langsung! Kenapa?

“Good. Dah cuba berbual dengan Sleeping Beauty ni?” soal si doktor. Sleeping beauty? Dia ingat aku sengaja nak tidur apa? Dulu, memanglah aku marah bila tidurku diganggu. Sekarang, aku tak suka ‘tidur’ begini. tidur ini terlalu lama! Terlalu menyeksakan! Terlalu perit untuk aku terima. Aku sekadar boleh mendengar tanpa memberi respons! Oh! Sampai bilakah aku harus begini ya Allah?

“Sudah doktor,” jawab mereka serentak.

“Any response?” soal si doktor lagi.

“No, doctor!” jawab mereka lagi bagaikan ahli kumpulan choir.

“It’s okay. She needs some more times. Melur, ambilkan saya laporan,” arah si doktor.

“Ini dia,” Melur bersuara.

“Thank you. Ambilkan ubat-ubat dia,” si doktor bersuara. Semakin dekat dengan telingaku. Bunyi kerusi ditarik. Sarung tangan getah dipakai. Bunyi elastik! Semenjak berkeadaan begini, deria pendengaranku tajam sekali. Bunyi apa-apa yang bergerak sedikit pun aku dapat rasa. Kadang-kadang otakku jadi serabut akibat terlalu banyak bunyi yang berlaku dan dalam masa yang sama, aku tak dapat melihat…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience