Bab 16

Humor Completed 15666

“Thank you sayang,” ucapnya pula tidak lama selepas dia berhenti ketawa.

“Untuk?” soalku.

“Untuk segalanya. Love you,” luahnya. Aku tak pernah balas. Malu. Mungkin bercampur dengan ego agaknya. Aku malu dan ego untuk mengakuinya.

“Love you,” dia meluah lagi. tidak berpuas hati selagi aku tidak membalas katanya. Aku terus buat pekak. Lalalala. Jantung dah berdegup kencang.

“Love you!” dia mengulang sekali lagi. Aku berterusan buat pekak.

“Oh! Buat tak tahu ya? Buat tak tahu…” dia menghampiriku dengan mata membulat. Aku berundur setapak demi setapak.

“A.. awa.. awak nak buat apa ni?” soalku lantas terduduk ke katil. Dia menghampiri lagi. semakin hampir dan hampir. Dia merendahkan badannya. Lutut jatuh ke lantai. Wajah semakin mendekat.

“Tell me that you love me?” soalnya dengan suara romantik. Aku telan liur. Nak cakap ke? Wajahnya semakin rapat. Kepalaku berundur automatik. Berdebar!!

“Tell me,” bisiknya. Aku terkaku memandang anak matanya. Semakin rapat. Mataku terpejam. Lama. Wow. Dia pandai menggoda. Tak sangka.

“How’s that?” soalnya dengan muka nakal sambil menjilat bibirnya. Aku angguk.

“I love you…” bagaikan terpukau. Dia tergelak.

“Lain yang ditanya lain yang dijawab. Bila tanya, cintakan abang atau tidak, dia tak jawab. Bila dah kiss, tanya macam mana, dia kata I love you pulak!” bebelnya sambil mengucup pipiku laju. Aku mengeras. Ya Allah! Aku salah jawab? Erk! Malunya.

“Muka nak lagi tu… tak apa. Abang faham. Kejap ya? Bersihkan diri dulu,” dia mencuit pipiku dan berlari ke tandas. Heee, kuat sungguh menyakat encik doktor yang seorang ni. Memanglah nak kena dengan aku! Mujur dia lari cepat-cepat. Kalau tak cubitan berbisa memang makanan dia malam ni!

Melihat pada baju Melayu putihnya yang tersidai di belakang pintu membuatkan aku tersenyum. Aku kahwin? Dengan doktor yang merawat aku dulu? Dengan doktor yang curi hati aku kerana adabnya dulu? Oh my! Tak sangka. Dalam beradab, dia kuat menyakat! Alhamdulillah, dia suamiku. Aib aku akan terus terjaga…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience