Bab 2

Humor Completed 15666

“DIA dah melepasi tahap kritikalnya. Alhamdulillah. Cik Kira merupakan seorang gadis yang kuat. Dua tulang rusuknya telah patah namun syukur alhamdulillah kerana tulang rusuk tersebut tidak tertusuk pada organ dalamannya. Keadaan mungkin akan jadi lebih teruk sekiranya tulang rusuk itu tercucuk organnya. Mak cik kuat ya? Demi Cik Kira. Doakan semoga dia sembuh. Mudah-mudahan, dia sembuh secepat mungkin…” si lelaki yang kononnya doktor bersuara. Lelaki yang sama merawatku sebelum aku terlena tadi.

Ya, suara garau itu. Suara yang sama. Aku sudah melepasi tahap kritikal?

Apa yang menyebabkan aku kritikal? Tulang rusukku patah? Aku sudah terjaga. Suara tangisan ibuku juga dapat kudengar. Aku cuba memalingkan muka memandangnya tetapi… kaku. Aku sudah jaga, bukan? Kenapa mataku tidak bisa terbuka? Kenapa mata aku masih lagi keadaan tertutup atau aku sendiri yang telah buta? Kenapa aku tidak dapat melihat? Ibu, tolong!

“Bilalah agaknya anak mak cik ni boleh tersedar dari komanya, doktor?” soal ibuku pilu. Koma? Aku sedang koma? Ibu! Kira tak komalah! Kira boleh dengar! Cuma… Kira tak boleh buka mata! Kira pun tak tahu kenapa. Kira dengar butir bicara ibu. Jelas sangat ni, ibu! Ibu… janganlah menangis! Kira paling benci buat ibu menangis… Kira menyesal buat ibu menangis, bu. Tolonglah Kira buka mata ni!

Kenapa kata-kataku seperti tidak terlontar di mulut? Seperti bergema di dalam hati? Seperti tidak dapat terluah! Kenapa? Lidahku terasa lumpuh! Tanganku kaku meskipun beberapa kali aku cuba menggerakkannya. Seluruh badanku terasa kebas. Kebas-sekebas-kebasnya! Kaku tak bermaya. Di mana penglihatanku? Di mana suaraku?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience