Bab 3

Humor Completed 15666

“Dia masih dalam koma. Saya pun tak berapa pasti lama mana dia akan koma. Mak cik doakan kepada Allah. Minta dipercepatkan penyembuhannya. Mak cik banyakkan memberi kata semangat kepada pesakit. Dia mungkin akan lebih bertenaga selepas mendengar kata-kata daripada mak cik. Saya tahu dia mendengar,” si doktor sibuk berbual dengan ibuku dan aku… aku hanya mampu menjadi pendengar tanpa dapat memberi komen? Tanpa dapat menyenangkan hati ibuku?

Satu kejadian ngeri tiba-tiba berulang-tayang di mindaku. Oh! Aku kemalangan! Dan di waktu itu… aku baru sahaja selesai bergaduh dengan ibu. Kenapa aku jadi anak yang derhaka?

“Berhenti suruh Kira ikut semua telunjuk ibu. Kira nak buat apa yang Kira suka juga. Ibu tolonglah faham Kira!” aku membentak. Wajah ibuku berubah. Ya! Wajah kecewa ibuku terpampang di mataku. Aku tak sangka mulut aku secabul itu. Sungguh aku menyesal!

“Ibu nak terbaik untuk Kira, Kira faham tak? Sejak bila jadi anak derhaka ni?!” suara ibu membentak.

“Ibu! Orang lain semua dapat apa yang mereka nak. Masa depan mereka tak ditentukan oleh ibu mereka tapi Kira? Dari dulu lagi semua benda Kira nak kena ikut cakap ibu. Kira dah bosan! Bosan!” aku membentak lagi. Ya Allah. Ampunkanlah dosaku! Kemudian… kata-kataku semakin menyakitkan hati dan berakhir dengan ibu menampar pipiku atas kebiadabanku. Mulutku terlalu lancang berkata-kata.

Selepas ditampar, aku melarikan diri. Berlari keluar. Konon nak tunjuk protes. Tetapi… aku tidak dapat mengelak sebuah kereta yang meluncur laju.

Inilah balasanku. Lihatlah siapa yang menjengukku? Tetap juga si ibu yang tergores hatinya. Tetap juga si ibu yang sentiasa menyayangiku. Ibu, Kira minta maaf sangat-sangat. Kira khilaf! Ibu, Kira tak nak koma begini. Kira nak peluk ibu. Kira nak melutut pada ibu. Kira nak mohon ampun pada ibu. Kira tahu Kira berdosa pada ibu. Berdosa besar!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience