Bab 1

Humor Completed 15666

“CIK Kira, maafkan saya. saya tak berniat langsung nak mengambil kesempatan ke atas awak. Inilah tugas saya. Saya minta maaf. Saya terpaksa merawat bahagian dada cik. Keadaan cik sangat kritikal sekarang ini,” suara seorang lelaki sayup-sayup kedengaran di telingaku.

Aku sedang bermimpi atau ini sebenarnya realiti? Kenapa aku rasa sakit sungguh di bahagian dada? Kenapa? Rasa senak, perit, pedih! Tak tahu hendak gambarkan bagaimana. Apa yang sudah terjadi kepadaku? Aku di alam mana? Mata juga tidak mampu kubuka. Mungkin aku masih di alam mimpi.

Tidak! Setahu aku, tadi aku sedang bergaduh dengan ibu. Ya! Aku menjadi anak derhaka. Ya Allah! Mana ibuku? Apakah rasa sakit yang mencucuk ini merupakan kifarah ke atas apa yang aku telah lakukan pada ibu? Aku telah lukakan hati ibuku! Sungguh aku tak sengaja… ibu aku mana?

“I… ibu…” sakit sungguh, ya Allah! Derita yang kutanggung ini… sungguh perit. Pedih. Terasa hendak menangis tapi aku tak mampu.

Tiba-tiba tubuhku terasa kebas akibat dicucuk sesuatu yang tajam. Jarumkah? Ngilunya… selepas itu, segala kesakitanku, tiada rasa lagi. Suara-suara itu juga semakin perlahan.

“Doktor! Keadaan pesakit semakin lemah!” suara seorang gadis kedengaran agak cemas. Siapa pesakitnya? Akukah? Tak mungkin! Benarkah aku?

“Bersedia… Cik Kira, saya tahu cik seorang yang kuat. Cik bertahan ya? Ibu cik teringin nak bersama dengan cik semula. Nurse, kita…. bla… bla… bla…” aku tidak dapat menangkap lagi bait seterusnya. Aku di alam mana ni? Kenapa doktor itu berkata sedemikian? Apa yang telah berlaku kepadaku sebenarnya? Ibu aku mana?

Ibu? Ibu aku nak bersama dengan aku semula? Apa maksud doktor itu? Apa maksud dia? ibu. Kenapa dengan Kira? Kira minta ampun sebab dah lukakan hati ibu. Kira tak sengaja ibu… ibu! Tolong bawa Kira keluar dari dunia gelap ini, bu…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience