Bab 11

Humor Completed 15666

TIGA BULAN KEMUDIAN…

“ASSALAMUALAIKUM…” suara garau di hujung talian menyapa. Aku terkedu. Sudah lama aku tidak mendengar suara ini… rindu? Ya! Rindu. Kerana dulu, setiap hari, setiap jam aku mendengar suaranya. Suaranya berbual dengan ibuku. Suaranya berbual denganku. Suaranya berbual dengan jururawat-jururawat. Suaranya yang serius… yang sedang bergelak tawa…

“Waa.. waalaikumsalam,” tergagap-gagap aku menjawab salamnya. Dari mana dia mendapat nomborku? Rasa nak loncat-loncat akibat terlalu gembira. Tapi, wajarkah aku meloncat sekarang?

“Awak dah sihat?” soalnya. Dia tanya kesihatan aku? Wow! Gembiranya wahai cik hati. Aku menarik nafas. Cuba bertenang. Aku dah sihat? Aku meraba-raba bahagian dada dan rusukku. Ada tinggal parut sahajalah. Sakitnya? Sudah kurang… walaupun terkadang aku diserang rasa sesak nafas. Tetapi selain daripada itu, aku dah sihat.

“Er.. dah…” jawabku kekok. Senyuman terukir di bibir, cubaku tahan. Kenapa dengan aku ni? Kenapa?! Tiba-tiba sahaja excited lebih?

“Kenal tak siapa ni?” soalnya dengan suara husky seksinya. Oh my!

“Err, Doktor Irfan, kan?” soalku. Dia tergelak kecil.

“Leganya saya awak masih ingat saya. Dah hampir tiga bulan awak menyepi. Saya ingatkan awak dah lupa siapa saya…” ujarnya sambil tergelak kecil. Bahagia benar bunyinya.

“Orang yang telah menyelamatkan saya… mustahil untuk saya lupa…” dan orang yang telah berjaya mengetuk pintu hatiku dengan sikap memahaminya, mustahil aku boleh lupa? Namun… aku berjaya menyambungnya di dalam hati. Siapalah aku untuk menaruh hati padanya? Dia seorang yang berkerjaya sedangkan aku? Aku baru mula bertapak…

“Rindu awak,” aku terdiam. Biar betul?! Terlepas pensel di tanganku. Tadi aku sedang melukis! Rekaan baju…

“Err, pardon?” soalku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience