Bab 15

Humor Completed 15666

“SELAMAT pengantin baru, Cik Kirana! Selamat pengantin baru, Doktor Irfan!” Zainab dan Melur terjerit teruja melihat kami. Aku tergelak kecil lantas memeluk mereka. Mereka yang membersihkan diri aku ketika aku tidak berdaya dulu. Mereka jugalah yang menjagaku dengan ikhlas tanpa merungut…

“Terima kasih Zainab dan Melur. Terharunya saya! terima kasih sudi datang. Terima kasih atas jasa-jasa awak semua,” aku hampir sahaja menangis. Terharu. Irfan memeluk bahuku. Cuba menguatkan semangatku. Tapi… aku pula yang tersipu-sipu bila dipeluk begitu. Aduhai!

“Sama-sama. Cik Kirana, nak kami jadi spy tak?” soal Melur sambil menyenggol bahu Zainab. Aku pandang Irfan. Irfan menjegilkan matanya kepada si jururawat. Aku tergelak dan mengangguk.

“Saya nak sangat! Kalau dia menggatal dengan pesakit perempuan, awak tolong cucuk dia dengan ubat pelali eh?” soalku. Zainab dan Melur terkekeh-kekeh gelak.

“Itu bisa diatur, buk!” Zainab tergelak. Irfan mencubit pipiku.

“Dah pandai nak siasat abang eh?” soalnya. Aku terhenti gelak. Abang? Gulp! Selepas Melur dan Zainab meminta diri untuk pulang, kami didatangi pula oleh sepasang suami isteri.

“Woohooooo!!” lelaki itu kelihatan teruja menghampiri suamiku lantas mendepangkan sebelah tangannya. Sebelah lagi mendukung seorang anak kecil.

“Isk abang ni! Apanya nak woohoo sampai satu kampung dengar ni? Tak malu ke?” bebel si isterinya. Aku tergelak melihat si suaminya menayang muka merajuk. Comelnya laki bini ni.

“Teruja sangat kawan baik abang dah berkahwin! Tahniah, bro! Tahniah!” dia menyerahkan anaknya kepada suamiku apabila suamiku mendepangkan tangannya.

“Thanks, Bad! Sayang, abang perkenalkan kawan baik abang, Badrul. Isteri dia, Mona dan anak mereka Ziyad,” Irfan mendukung Ziyad. Dia berlaga bahu dengan Bad.

“Kahwin jugak dia akhirnya erk… dengan pesakit pulak tu! Sempat lagi menggatal semasa bertugas erk,” Bad menyakat. Aku berdeham. Malu! Nampak sangat perangai Irfan dengan Bad ni dua kali lima. Patutlah jadi kawan baik. Dalam beberapa bulan ini boleh kira berapa kali aku menangis akibat disakatnya. Kuat menyakat sangat!!

“Hahaha! Entah? Tersangkut pulak dengan dia ni. Pesakit lain takde pun nak sangkut macam ni,” suamiku bergurau sambil tergelak besar. Aku tersengih. Bersalam dengan Kak Mona lalu berlaga-laga pipi. Dia mengucapkan tahniah kepadaku.

“Terima kasih,” aku berkata malu-malu. Ziyad di tangan suamiku, aku kucup lembut. Comel. Mengikut muka Bad banyaknya…

“SEKARANG, tak payah nak malu lagi bila abang ungkit tentang pemeriksaan dada,” sakat suamiku. Heeee. Baru lagi kahwin dah jadi gatal begini. Terus telinganya aku piat. Dia tergelak besar. Kuat. berdekah-dekah. Inilah dia, Irfan. Encik suamiku. Dia memang tak boleh gelak. Sekali gelak boleh runtuh rumah! Entah kenapa dia begini pun aku tak tahu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience