Bab 12

Horror & Thriller Completed 8987

Bab 12

Pada malamnya pula, mereka lagi teruk dikacau. Kali ini bukan Azmi yang menjadi sasaran tetapi ayah dan ibunya. Ketika itu ayah dan ibu Azmi sudah pun tidur nyenyak di atas katil di bilik tetamu yang disediakan.

Seperti biasa juga Jamal seakan boleh merasai kehadiran makhluk lain jika ada yang datang mendekat. Dia tidak jadi tidur malam itu dan kekal berjaga. Entah kenapa matanya juga tidak senang tidur seperti malam semalam.

Dalam hatinya mungkin kerana kejadian tadi masih dalam ingatan. Tapi dia yakin ada sesuatu yang bakal mengganggu malam ini setidak-tidaknya.

"Apa pula yang akan menggangu malam ni? Harapnya tiada siapa yang akan terkena." Monolog Jamal sendirian.

Sangkaan jamal tepat. meang ada yang datang mengganggu malam itu. Semua seisi rumah dikejutkan apabila ayah Azmi tiba-tiba menjerit.

Mak dan ayah Jamal terus kelur dari bilik dan bergegas ke bilik adiknya.

"Ada apa kau menjerit kuat tengah malam ni?" Tanya ayah Jamal. Dia terpinga-pinga. Ayah Azmi di bawah manakala ibu Azmi di atas katilbagaikan ketakutan.

“Masa aku nyenyak tidur, tiba-tiba kaki aku kena tarik hingga aku jatuh katil." Jelasnya

Semua yang berada di situ terdiam.

"Aku ingatkan aku bermimpi tapi tidak. aku sempat buk amata dan melihat tiada siapa yang berada di kaki aku tapi aku boleh rasa ada yang menarik hingga aku jatuh ke bawah ni."

"kau mamai agaknya ni." Ayah Jamal cuba bersangka baik lagi.

"Tak mungkin sebelum tu, aku ada bermimpi aneh."

"apa yang kau mimpikan?"

"Di dalam bilik ini cuma ada isteri aku yang tidur di katil. Anehnya, bila aku jenguk ruang tamu tingkat bawah, isteri aku sedang menonton televisyen bersama anak-anak semua dan yang lain-lain.

“Bila aku naik semula ke bilik, aku nampak selimut di katil tadi membonjol. Bila selimut itu ditarik, aku terkejut kerana ada batu nisan yang sudah retak di situ.

"Aku berunder beberapa langkah ke belakang tapi seeprti ada yang menahan.

“Tiba-tiba seluruh bilik berbau hanyir dan busuk,” kata dengan riak gusar. Jamal berdiri di sudut memerhatikan keadaan yang berlaku. matanya tunduk seperti dia juga ada takutkan sesuatu.

Disebabkan tidak tahan diganggu, Azmi dan keluarganya keluar pada pukul 3 pagi dari rumah itu dan menyewa di hotel.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience