Bab 1

Horror & Thriller Completed 8987

Tajuk: Banglo Itu
Penulis: Gayath

BAB 1

“Azhan ingat lagi tak rumah banglo makcik Jia di belakang tu?” tanya mak ketika kami melewati satu kawasan ketika pulang ke kampung di Taiping.

“Rumah banglo mana maksud mak ni?” soal aku. Memori itu hampir padam jujurnya kerana sudah lama tidak berkunjung ke kawasan itu bertahn-tahun lamanya sehinggalah sudah dewasa dan usia menginjak 31 tahun.

“Rumah banglo mak cik Jia yang kita selalu pergi masa kau masih budak-budak lagi. Takkan kau dah lupa Han? Kau kan selalu bermain dengan Jamal masa kamu berdua kecil-kecil dulu?”

“Jamal tu memanglah saya ingat mak tapi rumah banglo tu tak berapa nak ingat sangat.”

“Takkan lupa dengan rumah berhantu tu?”

“Eh mak ni. Tiba-tiba nak bercerita hantu pula?” balas ku sambil terkekeh ketawa kerana beria-ia benar mak mahu aku ingat tentang rumah banglo mak cik Jia.

“Iyalah. Memang itu pun yang terjadi dulukan? Kamu sampai berlari ke bilik mak kerana ketakutan.” Kali ini giliran mak pula terkekeh etawa mengingati gelagau aku ketika masih budak.

“Han tak ingatlah.” Sengaja mahu memprotes kerana diketawakan begitu.

“Mustahillah kau tak ingat. Kita selalu ke situ dulu.”

“Iya ke mak? Kenapa kitaselalu ke sana sedangkan mak dah tahu rumah banglo tu berhantu?”

“Dah mak cik kau ada di situ, takkanlah kita tak datang melawat. Lagi pun ketika itu kejadian berhantu yang berlaku tidaklah memudaratkan sehinggalah kamu dan sepupu-sepupu kamu ni mencederakan kelawar.” Kata mak cuba mengingati.

“Kelawar?” Soalku. Fikiran masih ligat memikir apa yang terjadi, namun hal kewar mati itu seperti pernah aku alami satu ketika dulu. Dan ingatan itu tiba-tiba menerjah minda semula.

“Ha! Han dah ingat!”

“Apa yang kau ingat? Kan mak dah kata tak mungkin kau lupa.”

“Ya mak. Kami terbunuh kelawar dan ada yang kena cakar malam tu kan mak?”

“Betul tu. Ingat dah?”

“Ya, Han ingat sekarang tapi betul ke rumah tu di kawasan ini mak?”

“Kalau tak silap di sinilah rumah banglo tu terletak. Maklumlah dah lama tak menyinggah di sini.”

Kami tersenym simpul dua beranak. Kisah hantu yang cukup menggemparkan keluarga kecil kami walaupun tidaklah seram mana bagi orang lain. Namun bagi kami ia cukup mengganggu fikiran dan ketika itu hanya keselamatan yang orang tua aku fikirkan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience