Bab 4

Horror & Thriller Completed 8987

Bab 4

Setiap cuti sekolah hujung tahun kebiasaanya aku dengan keluarga akan datang ke rumah ini dan bermalam di sini untuk beberapa malam. Apabila aku datang, pastinyalah aku dan sepupu aku ni akan selalu bermain dan bercerita bersama-sama. Makanya, satu malam dia pun membuka cerita tentang sesuatu hal yang terjadi kepada dirinya.

Dari kecil dia boleh nampak dan berkawan dengan jin. Entah macam mana dia boleh makan,minum dan bermain sekali dengan jin tu. Tapi yang bagusnya cuma dia saja yang nampak tapi orang lain tak nampak.

"Hahah... tak payah lah kau geletek aku," kata Jamal ketika dia sedang ketawa di ruang tamu. Maknya yang mendengar Jamal bercakap cuba menjenguk anaknya. Di sebalik sofa, jamal sedang ketawaseorang diri seperti menahan geli digeletek oleh seseorang.

"Aku taknak main benda tu dah... nanti mak aku marah lah," katanya lagi apabila maknya muncul.

"Jamal cakap dengan siapa tu?"

"Cakap dengan kawan la. Dia ajak Jamal main dengan dia."

"JAmal sayang. Mana ada budak lain di sini. Kan Jamal sedang duduk di sini seorang?" Soal maknya tak puas hati.

"Taklah. Ada dua orang kawan Jamal ni. Dia ada kat belakang mak."

Terus maknya menoleh ke belakang untuk melihat tapi memang tiada sesiapa di belakangnya seperti yang diperkatakan oleh Jamal.

"Sayang tak ada sesiapa pun."

"Ada la mak. Mak tak nampak ke? Dia sedang sengih dengan mak tu. Kau jangan kacau mak aku. Nanti dia marahlah!" Kat aJamal dengan nada sedikit keras dan menjegilkan matanya.

MAknya masih kebingungan. Adakah anaknya itu sedang waras atau berhalusinasi atau memang ada kawan ghaib yang sedang bermian dengannya saat itu. Terus tegak berdiri bulu roma maknya bila memikirkan kawan ghaibnya itu.

Pernah kami semua suruh dia lakarkan gambaran jin tu, rupa dia macam kartun dalam filem Casper... Mak cik aku ni pada mulanya takut sangat tengok keadaan anak dia ni. Sebab boleh berinteraksi dan melakukan aktiviti bersama dengan makhluk lain yang dia tak nampak.

Ada sekali tu mak cik aku dengar sepupu aku ni berborak dengan seseorang di buaian depan rumah dia. Apabila mak cik aku keluar tengok, setelah dijenguk memang tak ada orang lain. Yang ada cuma sepupu aku tu saja di situ. Terus makcik aku tarik anaknya itu masuk ke dalam umah. Mak cik aku dah fikir bukan-bukan dah masa tu. Risau kaalu anaknya terjadi apa-apa yang tak baik.

"Aku suka tempat ni. Ada kau ada laian-lain." kata Jamal sambil buaian yang didudukinya berayun sendiri.

"Tapi mak kata kami mungkin kena pindah sebab ayah dapat kerja baru. Tapi aku sendiri tak tahu lah bila. sebab mak kat ayah masih kena kerja di tempat lama."

"YA betul. Aku pun akn rindukan kau. Aku tak boleh tinggal di sini dengan kau seorang. Nanti apa jadi kat mak dan ayah aku pula?"

Sedang Jamal asyik berborak dengan kawannya iitu rupanya, maknya sudah menghendap mendengar perbualan tadi.

Maknya melihat sekeliling namun teryata Jamal hanya bercakap seorang diri.

"Jamal bercakap dengan siapa? Lain kali kalau Jamal nak bersembang, cakap dan ceritakan semua pada mak saja. Mak takutlah melihat Jamal berkeadaan begini."

Jamal hanya tunduk mendiamkan diri. Pernah diceritakan hal ini pada mak dan ayahnya tapi mereka tidak memberikan respon yang sewajarnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience