Bab 10

Horror & Thriller Completed 8987

Bab 10

Rentetan dari mimpiny ayang sebelum ini, Jamal bermimpi sekali lagi. Masa sepupu aku ni tengah sedap tidur di biliknya, tiba-tiba dia terjaga tapi dalam keadaan mamai. Dia nampak ada dua orang datang mendekati katilnya.

Jamal menggosok mata kerana mahu melihat siapakah yang teah mendekatinya ketika itu pada waktu tengah malam.

Seorang tu lelaki, dan seorang lagi perempuan berpakaian seperti pembesar zaman kesultanan melayu purba kala, datang ke arah sepupu aku yang tengah mamai ni dan lelaki itu beritahu yang dia minta maaf kepada sepupu aku kerana semalam ada penghulu dan orang-orangnya lalu di belakang umah tu dengan tak sengaja dah terpatahkan dahan pokok ketapang tu.

"Siapa ni?" soal Jamal.

"Jangan takut nak, kami datang bukan mahu mengapa-apakan kau." Kata lelaki itu cuba untuk tidak mnakutkan Jamal. Wajahnya tersenyum melihat sepupu aku yang sedang mamai itu.

"Iya nak, jangan khuatir. Kami datang bukan mahu mencederakan tetapi sebaliknya." Sambung wanita itu pula.

"Apa yang kamu berdua mahukan? Mengapa datang ke sini berjumpa dengan aku?"

"Kami berdua datang kerana mahu meminta maaf dari kamu dan keluarga."

"Minta maaf? Minta maaf kerana apa? Apa yang telah kalian lakukan? Kesalahan apa?"

"Semalam ada tok penghulu dan pengikutnya datang ke rumah kamu. Kami difahamkan pokok kamu rosak kerana dilangggar oleh pengikut-pengikut tersebut. Mereka dah terpatahkan pohon ketapang di belakang rumah kamu itu."

"Betul. Kami datang untuk meminta maaf. Kami bukanlah pihak yang jahat. maka lebih baik kami datang berumpa kamu dan memohon maaf."

"Aku fikir itu cuma mimpi. Rupanya tidak?"

Kedua-dua lelaki dan perempuan itu hanya tersenyum. Raut wajah bercahaya dan sememangnya senyuman mereka mendamaikan hati dan mat ayang memandang. Jamal berfikir sejenak. Beberapa ketika dia berjeda.

"Baiklah. Aku juga minta maaf jika ada menakutkan pengikut-pengikut penghulu semalam."

sebaik menghabiskan ayatnya, kabus menyelubungi ruang tersebut.Beberapa ketika kemudian sepupu aku ni terjaga dan dia terhidu bau wangi di seluruh bilik tido dia tu.

Keesokannya sepupu aku ni cerita la kepada mak dia tentang apa yang dialami malam tadi. Jadi maknya kata kemungkinan orang itu adalah orang bunian yang tinggal di belakang rumah mereka itu. Mungkin juga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience