Bab 9

Horror & Thriller Completed 8987

Bab 9

Ini pula kisah mimpi sepupu aku. Dia cerita apa yang dia mimpi. Dalam mimpi itu,dia sedang bermain di sebelah rumah dia.

"Aku rasa semuanya seperti real. Macam aku selalu main petang-petang di halaman rumah seorang diri."

"Apa yang terjadi?" soal kau ingin tahhu lebih lanjut.

"Aku pun tak pasti pada mulanya. sebab aku dapat rasa sesuatu yang berbeza akan berlaku. Angin pun bertiup laju juga ketika itu. Piring permaian aku turut terbang ditiup angin."

"Maksud kau piring Frissbee kau tu ke?"

"Ya. Sebab ketika itu aku fikir ada makhluk yang mahu berkomunikasi. Maka angin tiba-tiba menderu dan menerpa ke arah aku. Maka aku berhenti bermain seketika dan memandang sekeliling. Tapi tak ada apa pun."

"Lepas tu apa jadi?"

"Aku sambung bermain. Tapi tak semena-mena jantung aku berdegup kencang. Aku dapat rasakan kehadiran makhluk lain di sekeliling aku."

"Apa yang kau rasa dan apa yang kau nampak?" Aku jadi teruja mendengar kerana ingin tahu apa yang cuba mendekati Jamal.

Ketika sedang bermain tu dia terpandang satu lembaga besar dan tinggi berwarna hitam berdiri betul-betul sebelah pokok ketapang di belakang rumah tu. Lembaga hitam itu berbulu dan badannya tinggi melepasi dahan pokok ketapang tu. Ketika lembaga yang menakutkan tu cuba lalu di sebelah pokok ketapang tu, tiba-tiba badan lembaga tersebut terkena dahan pokok lalu dahan tu patah.

"Badannya terlalu besar dan tinggi. Tapi dia hanya lalu dan tidak mengganggu aku."

Aku lega Jamal berkata begitu. Ini kerana kita tak tahu apa yang cuba dilakukan oleh makhluk ghaib ini sebenarnya.

Jamal menyambung,"Sebabkan saiznya terlalu besar dahan pokok pun dilanggarnya. Aku jadi terlalu takut hingga kau tersedar dari tidur aku. Namun aku lelapkan mata semula."

Keesokannya, setelah sedar dari tidur, sepupu aku cubalah pergi ke belakang rumah jika apa yang dimimpikannya malam tadi benar-benar berlaku.

"Tidak! Dahan yang patah itu sama seperti bahagian dahan yang dilanggar oleh lembaga itu semalam. Adakah ini mimpi atau aku benar-benar alami?"

Memang betul-betul dia nampak dahan pokok ketapang tu patah sama seperti ia patah di dalam mimpi dia. Terkejut la sepupu aku ni. Dia terus berlari masuk semula ke dalam rumah. mencungap-cungap mengunci pintu kerana itulah pertama kali mimpinya seperti berlaku betul-betul.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience