Bab 3

Horror & Thriller Completed 8987

Bab 3

Rumah mak cik aku ni pula kalau nak diikutkan adalah bekas peninggalan masa zaman British yang menduduki Taiping pada awal. Tahu-tahu sajalah rumah banglo zaman kolonial macam mana kan. Dulu, bawah batu atas kayu. Ada tiang-tiang besar dan di belakang rumah makcik aku ni ada pokok ketapang yang sangat tinggi. Boleh dilihat jelas dahannya mencecah bumbung rumah. Disebabkan itu, suasana sekeliling redup dan suram je.

Kalau berada berdekatan dengan kawasan rumah ini , mesti dapat rasakan sesuatu yang tak kena. Terutama apabila azan Subuh atau Maghrib, pasti kedengaran bunyi anjing menyalak sayup-sayup saja di sekitar rumah itu. Tapi jika di perhatikan semula, di luar memeng taka da kelibat anjing apatah lagi kawasan ini memang tidak banyak anjing berkeliaran. Inilah yang menyeramkan penduduk sekitarnya.

Auuuuu....

Auuuu.....

"Banyaknya anjing berkeliaran ke di sini Jia?" Tanya mak aku kepada adiknya.

"Tak ada lah kak. Sinikan macam kawasan baru buka. Tak mungkin banyak anjing liar. kenapa akak bertanya begitu?"

"Tu ha. DAri tadi menyalak anjing di luar tu. Risau pulak akak. Kalau banyak anjing berkeliaran, akak tak nak lah benarkan budak-budak tu main di luar esok."

"Eh akak dengar anjing menyalak? jap saya tengok. Mungkin dia lalu di depan rumah saja kot."

Mak cik Jia berjalan ke luar di hadapan rumahnya. Tidak ada seekor anjing pun di situ. Dia mengerutkan dahi. Tak mungkin kakaknya mampu mendengar salakan anjing jika tiada langsung seekor anjing pun di situ.

Dia berpatah balik ke belakang dan masuk ke rumah dengan kehairanan.

"Betul ke akak dengar tadi ada salakan anjing? Saya keluar tadi tak ada satu pun."

"Entahlah. Itu yang akak dengar. sebab tu akak tanya."

"Dah lah kak. Saya naik ke atas bersiap solat Maghrib jemaah kita. Nanti akak dah selesai masak ni, akak naiklah sekali. Solat sama-sama. Rasanya yang lelaki tadi dah ada di bilik atas." Ajak mak cik Jia.

"Iyalah. Kejap lagi akak naik. Jangan lup panggilkan sekali budak-budak tu jemaah sama. Kalau tak dipanggil nanti main sampai subuh selagi tak tidur." Bebel mak aku pula.

Aku dan sepupu kalau dah berjumpa apa lgi, main lah. Bukan jumpa setiap hari pun kan. Itulah rutin kami. Kadang kala sampai nak mandi pun, mak kami akan menjerit panggil supaya mandi dan bersiap. Kalau tak ada je aktiviti kami nak buat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience