Bab 6

Horror & Thriller Completed 8987

Bab 6

Pernah terjadi satu peristiwa semasa aku dengan keluarga datang tidur di rumah mak cik aku ni. Kebetulan keluarga pak cik aku yang lain pun datang bermalam jugak. Jadi petang tu hujan renyai-renyai, kami semua dengan sepupu yang lain tak boleh keluar rumah dan kami pun main sorok-sorok di tingkat atas rumah dia.

"Kita main sorok-sorok lah. Aku bosan dah ni. Dari tadi kita main lego. Tak best lah." Kata seorang sepupu perempuan aku ni. Nadia nama dia.

"Main sorok-sorok best juga!" Sambut Salleh, sepupu lagi satu.

"Boleh ke kita main permainan tu? Mak aku kata tak baiklah. Nanti betul-betul kena sorok dengan hantu. Baru kau tahu." Aku menyampuk sebab mak aku selalu kata macam tu. Sedikit sebanyak aku mestilah termakan kata-katanya dan percaya.

"kalau kau semua nak boleh je. Kita main kat tingkat atas, tapi jangan bising-bising sebab akalu mak ayah kita tahu mesti mereka mengamuk dan marah kita nanti sebab main permainan ini." Kata Jamal meyakinkan kami semua.

"Tapi kalau mak ayah kita dpat tahu macam mana? aku takutlah..." Nadia pula tiba-tiba mahu tarik diri.

"Alah, janganlah kau takut. kami bertiga kan ada di sini sekali main dengan kau. Takkanlah mak ayah kita nak cakap apa-apa apatah lagi nak marah kau. Kalau kena marah sekali pun mestilah kami akan sokong kau."

"Tapi aku masih takut kalau jadi apa-apa mesti mak ayah akan marah nanti."

"Tak ada apalah. Kan Jamaal ada sekali. Kau ni kenapa nak tarik diri sekarang?"

"Jangan risaulah. Tak ada apa-apa yang akan berlaku." kata Jamal sambilmemujuk Nadia supaya mengikut kami semua ke tingkat atas.

"Biar Nadia yang cari kita."

"OK. aku setuju. Jom." Aku ternampak seekor teddy bear di bilik dan memberikan kepada Nadia. Jika dia terjumpa kami diia mestilah membaling kami dengan teddy bear barulah kami akan 'mati' dalam permainan ini.

Nadia bersetuju. sekurang-kurangnya ada kawan untuk di amencarikami nanti. Tidaklah dia takut sangat.

------------

"Aku dah jumpa Jamal." Jerit Nadia. Aku dan Salleh awal-awal lagi sudah dikenakan Nadia.

Jamal yang terkejut terus meluru ke arah kami. Apalagi berkejaran hingga ke dalam bilik. Bantal yang ada jadi sasaran kami untuk dijadikan senjata balingan. Teddy bear yang dipeluk tadi juga menjadi mangsa.

Siap main baling-baling bantal dan yang seronoknya kami semua main baling-baling satu teddy bear ni sampai tercabut sebelah matanya. Kami memang tak perasan! Alih-alih tengok, teddy bear tu dah macam ngeri dah. Menjerit sepupu kami yang lain. Seriau. Sedang kami syok main, tiba-tiba Nadia menjerit dan menangis.

"Kenapa?" tanyaku.

"Nadia takut. Teddy bear tu hantu!" jawabnya. Kami yang mendengar hanya menelan air liur dan berpandangan antara satu sama lain. Kami cuba mententeramkan Nadia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience