Bab 8

Horror & Thriller Completed 8987

Bab 8

Ada satu malam, entah kenapa Jamal mahu bercerita tentang kejadian yang menimpa adiknya sendiri. Mula-mula aku fikirkan hanya cerita biasa tapi rupanya dia mahu memberitahu tentang gangguan yang dialami oleh adiknya sendiri.

"Kenapa kau termenung tu Jamal?" tanyaku apabila keluar dari bilik air aku lihat jaal termenung ke luar tingkap seakan melihat sesuatu.

Jamal yang aku kenal memang akan bercakap seorang diri dan itu adalah perkara biasa melainkan dia becakap lama sendirian. Satu lagi adalah apabil aJamal memandang ke satu arah cukup lama, pasti ada sesuatu yang dilihatnya. aku akan dapat lihat mulutnya terbuka. Entah kerana apa aku sendiri tidak pasti dan aku tidak mahu bertanya kerana aku sendiri akan rasa bulu roma menegak bila dia berkeadaan begitu.

Dia kata tak ada apa-apa tapi aku lihat dia masih termenung memandang keluar tingkap. teat pada satu titik.

"Kau bagi tahulah aku, apa yang kau fikir sebenarnya?" Aku cuba memulakan. Walaupun aku tahu mungkin aku akan terperangkap dalam cerita yang aku sendiri tak mahhu mendengarnya nanti.

Jamal hanya menggeleng kepala. Mulutnya terkunci.

"Haih. Kau ni ni.. mesti ada sesuatu dalam fikiran kau tu. kalau tak, takkanlah kau akan berkelakuan seperti ini. Termenung jauh begitu. Risau pulak aku tengok kau macam ni."

"Aku tak apa-apa."

"Habis tu apa yang kau tengok di luar tingkap? Jangan kata kau sedang lihat sesuatu yang pelik-pelik pula."

Jamal memalingkan mukanya ke arahku. Seperti apa yang aku katakan tadi adalah satu perkara yang betul-betul sedang terjadi. ya, dia sedang melihat sesuatu yang pelik. Terus brubah muka aku. Tangan automatik menggaru belakang leher yang tak gatal. Sangkaan aku dah mengena. Terus rasa tak sedap hati.

"Apa yang kau nampak sebenarnya?" Pertanyaan aku sepi. Lama juga barulah Jamal menjawab. Itu pun perlahan saja.

"Aku nampak pontianak."

"Astaghfirullah... " Beristighar panjang aku mendengarnya. Terus rasa darah laju berjalan melalui pembuluh darah dari atas ke bawah.

Sepupu aku ni cerita lah lagi yang adik bongsu dia masa tu berumur dalam lingkungan empat hingga lima tahun selalu menangis tengah malam. Setiap malam apabila menghampiri 12 tengah malam saja, adik dia mesti menangis macam ketakutan dan nampak sesuatu yang tak elok.

"Kau tahu, adik selalu diganggu dulu masa kecil. Aku nampak tapi aku tak ak cakap pada mak dan ayah. Aku bimbang kalau mereka takut mendengar apa yang akan kau katakan nanti pada mereka."

"Apa yang terjadi?"

"Pontianak tu cuba nak mendampingi adik aku. Tiap-tiap malam dia datang dekat adik."

"Mujur mak dan ayah bawa adik berjumpa seorang ustaz yang boleh halau dia."

Ada ustaz yang tinggal di kawasan itu beritahu bahawa ada pontianak bergayut, sebab rumah dia ni kat atas bumbung tu penuh dengan pokok menjalar yang bersambung dengan dahan pokok ketapang tu.

"Lepas tu, adik dah boleh tidur malam sebab pontianak tu tak boleh datang dekat dah."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience