Bab 7

Horror & Thriller Completed 8987

Bab 7

Ketika itu, mak dan amk cik Jia sedang di dapur menyiapkan makan malam kami sekeluarga. Kalau tidak salah ketika itu baru jam 6.45 petang. Kami yang sudah berpeluh-peluh bermain kejar-kejar di luar sudah pun dipanggil masuk oleh ayah. Ayah mengarahkan kami agar masukke dalam rumah sebelum menjelang maghrib. katanya tidak elok berada di luar pada saat itu kerana syaitan akan berkeliaran.

kami yang masih kanak-anaktentunya jadi gerun mendengarkan hal itu. Maka bergegaslah kami masuk ke dalam rumah. Nak mandi tak dibenarkan pula oleh ayah. Kerana kami masih berpeluh-pluh dan ada eloknya kami keringkan peluh terlebih dahulu. Maka kami hanya mengikut saja.

Kami menonton televisyen sementara menunggu masa untuk mandi. Ayah pun ada bersama kami ketika itu di ruang tamu sambil menonto rancangan yang disajikan.

Selepas itu ketika masa dah hampir Maghrib, ada pula seekor kelawar hitam masuk rumah dia. Tak tahu lah dari mana sesat kelawar ini dan kami semua pun berusaha halau kelawar tu keluar.

"Arghhhhhh!" aku menjerit kerana ada seekor kelawar terbang mahu menghinggapi aku yang sedang baring di tepi sofa.

"Apa pula yang terbang masuk ke dalam rumah ni?" soal ayah kerana matanya belum dapat menangkap binatang apa.

"Kelawar tu pak cik!" Jerit Salleh. Dia juga tak tentu hala duduk.

"Kamu perhatikan ke mana dia. Pak cik pergi ambil penyapu dulu," kat ayah cuba bertenang apabila melihat kami semua sudah gabra.

Jamal, sepupu-sepupu dan ayah kami sudah melompat bangun kerana terkejut. Ayah ke belakang mengambil penyapu untuk menghalau kelawar tu keluar namun sia-sia. Degil sungguh kerana ia masih berterbangan di dalam rumah. Hinggakan mak dan mak cik Jia yang sedang asyik masak di dapur bergegas keluar ke hadapan melihat apa yang berlaku. Tapi mereka ke dapur semula kerana takut dan menutup pintu yang menghubungkan ruang ke dapur.

"Awak duduk saja lah di dapur. Nanti menjerit ketakutan pula,"

"Saya ingat apa yang terjadi sampai menjerit tadi." kata mak cik Jia.

"Pergi sana, dah keluar nantii saya panggillah kau berdua keluar."

Mak dan mak cik Jia hanya mengikut dan kembali ke dapur.

Entah macam mana sepupu aku ni pulak tersilap pukul kelawar tu dengan penyapu. Dua kali dia hayun penyapu tu pada kelawar. Tahu-tahu saja kelawar tu terjatuh semasa terbang dek dipukul sampai mati. Sebab kalut nak minta kelawar tu keluar ikut tingkat yang terbuka.

Pada malam tu, kami semua tidur berhimpit-himpit sebab takut jadi apa-apa kat tingkat atas. Masing-masing memang dah takut sebab teringat kelawar yang mati tu akan datang kacau kami semua nanti.

Pada tengah malam tu, sepupu aku ni tiba-tiba terjaga. Dalam ramai-ramai tu dia tidur tepi sekali. Masa tu dlm gelap. Dia rasa ada orang mendengus kat sebelah dia tapi sebelah dia tak ada sesiapa pun. Apabila dia buka mata saja dia tengok ada sepasang mata merah terjegil sedang memandang dia macam orang tengah marah.

Apa lagi, sepupu aku ni terperanjat terus buka lampu dan kejut sepupu-sepupu aku yang lain. Kami semua bangun terkocoh-kocoh kerana dikejutkan sedemikian rupa.

Lepas itu, dalam kekecohan yang terjadi tiba-tiba ada sedara aku yang lain ni tunjuk ada kesan calar kat badan dia sampai luka-luka. Kami semua pun tanya lah jika dia terkena apa-apa semasa tido. Entah dia cakap tak ada pula. Sedar-sedar saja dah ada calar tu di badannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience