Bab 5

Horror & Thriller Completed 8987

Bab 5

Walaupun aku hanya datang sekali sekala ke rumahnya tapi tidaklah pernah diganggu oleh mana-mana makhluk ghaib yang datang kepada Jamal. Cuma kadang-kadang tu aku perasan juga dia bercakap seorang. Tapi itu bukanlah satu masalah bagi ku.

Jamal sendiri banyak memberi peringatan kalau aku ada menyatakan hasrat mahu bertindak nakal atau ada cubaan dari perilaku aku yang cenderung ke arah itu. Mungkin disebabkan itulah aku selamat dari sebarang gangguan.

Tapi mak aku banyak kali juga berpesan agar sentiasa berhati-hati. Di ana kami bermain, apa yang kami buat, Siapa lagi yang ada bersama kami dan macam-macam soalan akan dilemparkan kalau kami keluar bermain. Sepupu-sepupu lain juga sama. Macam-macam soalan kena jawab barulah kami akan dilepaskan. Apabila dah besar ni baru aku tahu itu semua untuk keselamatan. Mereka risaukan keselamatan kami.

Walaupun masa itu rasa marah dan menjengkelkan.

Dah namanya budak-budak, main saja yang ada dalam kepala kami. Asyik bermain hingga masa sudah menghampiri senja. Mak-mak kami dah menjerit mencari di mana kami bermain.

Dengar saja jeritan, kami apa lagi bergegaslah lari. Sampai kena piat telinga pun ada dan diseret masuk bilik air untuk mandi. Kami sepupu-sepupu mandi dalam satu bilik air yang sama je. senang. Maksud aku bagi yang lelakilah. Yang perempuan aku tak pastilah pula. mandi sendiri lah kot.

Masa sepupu aku nak mandi pulak dia nampak ada tangan berbulu kat celah tingkap bilik mandi tu. Tangan itu sedang melambai kat dia. Jadi dia pun merapati tingkap dan cuba lihat siapa sebab dia dah biasa lihat. Apabila dia pandang balik benda tu dah tak ada.

"Aku nampak macam ada orang tengah melambailah kat luar. Ayah kau datang kot," kata Jamal selepas beberap akali mukanya disiram air kolah.

"Ish kau ni buat apa ayah aku nak datang sini, kita kan tengah mandi ni. Mana juga kau nampak tangan. Kan tingkap ni bukannya jenis kaca jernih." Kataku cuba mematikan rasa takut yang tiba-tiba terjah.

"Aku nampak lah. Tapi betul juga katakau. Kalau ayah kau mesti dia dah panggil nama kita. Ni tak. Dia lambai je dari luar." Jamal dah berjalan menghampiri tingap dan tangannya sudah sampai di lock tingkap sebelum aku menepis tangannya.

"Kau dah gila ke nak buka? Buatnya benda bukan-bukan yang ada kat situ? Apa akan jadi?"

"Aku nak tahu siapa yang melambai tu... Kalau tak buka macam mana nak tahu."

"Kau jangan nak tunjuk berani sangat. Aku tak nak apa-apa jadi."

"Jangan risaulah. Aku buka nak tengok je." Tangan Jamal sudah membuka tingkap tapi tiada sesiap di luar.

Aku yang dah kecut perut terus berundur ke belakang. Tak beranai aku nak lihat apa yang bakal keluar bil atingkap tu dibuka nanti.

Mujur tak ada apa selepas itu. Kami mandi laju-laju maam nak banjir bilik air dan terus keluar. mak tengok dengan wajah pelik sebab nak mandi liat tapi bila dah mandi laju pula nak keluar macam kena kejar dengan sesuatu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience