Bab 11

Horror & Thriller Completed 8987

Bab 11

Insiden berjumpa dengan hantu aau makhluk ghaib belum berpenghujung. sentiasa ada saja yang datang 'melawat'. Kejadian seterusnya berlaku pada pukul 10.30 pagi sehari selepas keluarga adik kepada ayah Jamal datang dan menginap di rumah tersebut.

Salah seorang anak saudara ayah Jamal, Azmi, yang hendak membuang air besar mendapati tandas di tingkat bawah terkunci dan ada bunyi orang menarik flush.

"Aduh, sakitnya perut. sabarlah perut. Aku dah kat depan pintu tandas ni." katanya bermonolog sendirian menahan rasa mahu membuang air besar.

"Siapa pula yang lama sangat di dalam. Aku nak terkucil dah ni. Cepatlahhhh..." katanya sedikit geram.

Lantaran tidak tahan menunggu lama, Azmi menjerit menyuruh orang di dalam tandas itu supaya cepat. Jeritan Azmi menyebabkan semua penghuni berkumpul di tingkat bawah.

"Apa yang kau jerit tu Azmi?" tanya maknya menahan geram keran anak nya membuat hal pula di rumah abangnya itu.

"Tak ada apa mak. Azmi nak masuk tandas tapi ada orang guna. Lama pula tu. Dah tak tahan i. Tu yang menjerit minta keluar cepat." Jelas Azmi panjang kerana dia tahu maknya sudah mahu menyinga.

Maknya melihat sekeliling dan semua orrang ada di situ. Kecuali azmi masih di hadapan pintu tandas.

"Siapa pula yang guna? Semua orang ada di sini. Tak ada sesiapa yang duduk dalam tandas tu..." kata Mak Azmi.

"Tak mungkin mak. Cuba mak tengok betul-betul. Tadii Azmi dengarada yang tekan flush. Ada bunyi. Tak kan tak ada orang di dalam pula."

Mak dan ayah Jamal sudah saling berpandangan.

"Tak apa lah Azmi. Kau tahan dulu. Pakcik lihat apa yang berlaku" Kata ayah JAmal.

Jamal megekori ayahnya dari belakang. Sah dia rasa lain. Lain sepertii didatangi makhluk ain yang hanya dia boleh lihat tapi tidak orang lain di sekitarnya.

Yang peliknya, kelapan-lapan mereka ada di situ. Jadi siapa yang ada di dalam tandas? Selepas pintu tandas itu direntap, mereka terkejut kerana tiada siapa di dalamnya.

Azmi terus tak jadi membuang hajatnya dan berlari turun ke bawah.

Tak disangka. Rupanya dia menjerit pada makhluk yang tak ada. Sejak kejadian itu Azmi kelihatan mendiamkan diri dan tidak lagi berada keseorangan kerana bimbang hal yang sama berlaku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience