Bab 13

Horror & Thriller Completed 8987

Bab 13

Disebabkan kejadian yang terlalku kerap dan diganggu oleh makhluk halus ini, ayah dan mak Jamal berbincang. Suatu petang, ayah Jamal kembali ke rumah dengan berita yang sudah lama ditunggu oleh mereka sekeluarga.

"Abang sudah dapatkan pekerjaan yang baru di tempat lain." Katanya penuh gembira.

"Alhamdulillah. Saya dah lama harap abang kaan mendapat tempat kerja yang baru dan kita boleh berpindah dari sini."

Jamal yang terdengar perbualan ayah dan maknya juga rasa senang hati sedikit.

"Itulah. Abang ingat nak tinggalkan rumah ini. Tak mahu ada kejadian lain yang bakal menyusahkan keluarga kita. kasihan abang lihat mereka diganggu dan dipermainkan."

"Saya juga begitu. Saya harap jamal juga akan pulih. Saya tak mahu lagi melihat dia boleh bercakap dengan makhluk lain yang kita sendiri tidak tahu apakah dia. Saya bimbang sebenarnya."

"Kalau begitu, eloklah kita percepatkan saja niat ini."

Mak Jamal mengangguk.

Sejak itu Keluarga Jamal meninggalkan rumah banglo itu. Agak lama juga rumah itu dibiarkan kosong tanpa penghuni. Hingga bertambah pelbagai lagi cerita yang terjadi dan diceritakan oleh orang sekeliling.

Sekarang ini, rumah villa ini sudah menjadi pejabat tentera setelah mak cik sekeluarga bepindah ke tempat lain. Kalau ada yang mengetahui rumah ini dan berasal dari Taiping mesti tahu akan kisah rumah banglo lama.

_-------------------

"saya pun seram juga masa kita sekeluarga tidur di sana mak. Tapi alhamdulillah sepanjang saya dan Jamal bermain tak ada pulak yang datang mengganggu. Kalau tak kita pun mungkin keluar dari rumah tu secepat mungkin."

"Tak apalah. ia dah berlalu pun. mak jug aras gembira sebab akhirnya mereka sekeluarga berpindah keluar. kalau tidak tak tahu apa lagi yang nak jadi dalam rumah itu. Bila difikirkan balik. Kita ni boleh tahan kebal kerana mampu tidur bermalam di situ tanpa ada apa-apa yng buruk berlaku. mak bersyukur tentang hal itu."

"Dahlah mak. Tak payah nak ingat lagi. Lagi pun kita bukan nak bermalam di situ lagi kan?"

Mak hanya menggeleng. Namun matanya tak lepas memandang rumah banglo yang baru kami lalui itu tadi. Mungkin mak masih mengingati kejadian lama di banglo rumah mak cik Jia itu lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience