Completed
9007
Bab 2
Kisah ini berlaku di rumah banglo makcik aku di Taiping pada sekitar tahun 1990an seperti yang pernah diceritakan kepada aku... Nama rumah makcik aku ni 'Jamila Villa' (bukan nama sebenar).
Makcik aku ada anak lelaki iaitu kiranya sepupu akulah yang boleh nampak benda-benda aneh dan ghaib ni. Namanya Jamal. Lebih senang cerita dia ada deria ke enam! Sejak kami kecil lagi, keupayaan sepupu aku untuk melihat perkara yang orang lain tak nampak sudah terserlah. Sepupu aku ni boleh nampak hantu dan jin ketika tinggal di rumah tu.
Mulanya ingatkan kerana dia masih budak jadi hijabnya memang terbuka tapi lama-kelamaan hal itu jadi makin jelas biar pun usianya menginjak dewasa. Sampai sekarang dia masih boleh nampak lagi tapi tak sekerap seperti dahulu.
"Mak, apa yang ada di atas pokok tu?" Tanya Jamal satu hari kepada maknya. Ketika itu mereka sedang berada di luar rumah mengambil angin bersama dengan bapanya. bapanya yang sedang menghirup air teh di cawan hampir tersedak mendengar pertanyaan anakya, Jamal.
"Pokok mana sayang? Mak tak nampak apa-apa pun." Maknya meneliti satu persatu dahan pokok yang boleh dilihat dari tempat mereka duduk namun tiada satu pun benda aneh yang dilihatnya. Bapanya sudah mengerut dahi. Rasa tak sedap hati.
"Apa yang Jamal nampak? Di mana? Mari ayah lihat."
"Ada di situ. Pokok itu. Kepalanya besar. Apa tu?" Kata Jamal sambil jari telunjuknya menuding kearah pokok di sebelah kiri mereka.
Bapanya terus berpaling ke arah yang ditunjukkan. Memang tak ada apa di situ. Bahkan benda berkepala besar seperti yang dikataka juga tak kelihatan.
"Tak ada apa pun. Dah lah tu jangan ditunjuk-tunjuk lagi. Kejap lagi kita masuk dalam ya."
Maknya sudah berjalan dan duduk merapati suaminya.
Tiba-tiba ada tiupan angin menerpa wajah mereka. Membuatkan mereka kesejukkan terasanya hinga ke tulang sebelum angin itu berhenti bertiup.
"Ayah, ada lelaki dengan anak dia perhatikan kita dari balik pokok tu." kata Jamal itu menyentak konsentrasi ayahnya. Maknya berpaling melihat dan kemudian mata mereka bersatu.
"Tak pelah Jamal. Mari kita masuk."Ajak ayah sambil menarik tangan isterinya.
Ketika itu Jamal baru berusia tiga tahun dan baru boleh bercakap dengan lancar. Sejak Jamal berkata-kata sedemikian, ayah dan emaknya terasa lain macam. Seram.
Kadang-kala terfikir bahawa apa yang dlihat Jamal itu benar. Hal ini tak terhenti di situ saja. Ia berlarutan hinngalah maknya mengandungkan adiknya dan melahirkan. Jamal masih lagi berkata tentang melihat sesuatu yang aneh.
Dia dibawa berubat namun hasilnya hampa. Jadi mak dan ayahnya memutuskan untuk membiarkan saja. Mungkin itu satu anugerah dari Tuhan buatnya. Namun semakin menginjak dewasa Jamal tidak lagi berkata tentang hal itu ekerap dahulu kerana mungkin dia juga faham, katanya mampu membuatkan orang lain takut.
Share this novel