BAB 14

Horror & Thriller Completed 33324

Wak Leman dipaksa menceritakan siapa sebenarnya Cik Leha. Rupanya Cik Leha adalah gadis sekampungnya dan menolak cintanya waktu zaman muda dulu. Dia mula mengenakan ilmu hitam supaya Cik Leha gilakannya.

Nyata Cik Leha lari tinggalkan keluarga dan mengikut Wak Leman dan berpindah ke Kampung Kelapa Tua sehinggalah Cik Leha meninggal dunia. Kerana terlalu sayang, Wak Leman mula puja mayat Cik Leha melalui hantu raya. Selama ini hantu raya yang menghuni badan Cik Leha.

Tok imam dan penduduk kampung mula mencari mayat Cik leha yang disimpan dalam sebuah bilik kecil di rumah itu. Mayat Cik Leha dimandikan dan dikapankan dengan sempurna sebelum ditanam semula di tanah perkuburan berhampiran.

“Abang! Kopi dah siap. Minumlah!”

Aku berpaling dan tersenyum memandang isteri kesayangan. Aku mula duduk di sebelah isteri. Cawan kopi aku ambil dan meneguk perlahan sambil merenung wajah ayu itu.

“Leha cintakan abang…”

Aku tersedak. Kopi yang aku minum tersembur. Aku pandang isteriku dengan tajam. Mata pula aku genyeh berkali-kali.

“Kenapa bang?”

“Err..apa Seri cakap tadi?” Hati aku berdegup kencang. Seri yang aku nikahi dua hari lepas masih memandang aku tidak berkelip. Air kopi yang tumpah dilap dengan tisu.

“Cakap apa?” Seri pula bingung melihat suaminya bertanya begitu.

“Tadi…Seri cakap..…nama Seri..Leha..” Tergagap-gagap aku memberitahu apa yang aku dengar tadi.

“Mana ada? Tu la..asyik termenung dari tadi…” Seri senyum. Dia menghulurkan pula kuih lepat pisang kepada suaminya.

Selesai makan, Seri mula mengemas. Ada riak cemburu di wajahnya. Sebelum ke dapur, Seri sempat bertanya. “Leha tu siapa?”

Aku pandang wajah Seri yang mula bertanyakan gadis misteri itu. Diam. Wajah Seri tadi seperti berubah wajah. Cik Leha….

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience