BAB 3

Horror & Thriller Completed 33333

Maka tidak sia-sia aku menyahut jemputan Wak Leman. Aku meneguk kopi panas perlahan-lahan sedang mata liar memandang sekeliling.

Kedengaran suara tetamu berbual dengan Wak Leman berselang seli dengan suara burung hantu.

"Wak..boleh tanya sikit?"

Aku memasang telinga mendengar salah seorang tetamu bertanya sesuatu kepada Wak Leman.

"Apa dia?" Wak Leman mula mengambil sireh dan menenyeh sedikit kapur dan pinang ke atas daun sireh sebelum mengunyah.

"Wak buat kenduri kesyukuran ni untuk apa?"

Wak Leman senyum lebar. Tiada kata-kata yang keluar dari mulutnya. Aku pandang Wak Leman tidak berkelip. Mulut Wak Leman sudah kemerahan dek air sireh. Seketika kemudian dia mula meludah.

Setompok air merah melekat dalam tempurung kelapa yang sememangnya sudah dijadikan tempat meludah air sireh. Kali ini Wak Leman kembali sengih. Giginya sudah kemerahan.

"Oh..lupa nak bagi tahu. Sebenarnya kenduri ni sempena kedatangan orang baru dalam rumah ni. Yalah...sudah dua puluh tahun saya sendiri. Tak sangka bertemu jodoh di usia tua macam ni." Sengih Wak Leman semakin lebar.

"Err...maksud Wak...Wak dah beristeri?" celah seorang lagi tetamu.

Aku masih memandang Wak Leman tidak beralih arah mata.

Wak Leman angguk. Sekeping lagi daun sireh disapu kapur dan pinang. Disumbat ke dalam mulut dan ditenyeh-tenyeh. Dalam aku memerhati orang tua itu, aku agak mungkin umurnya dalam enam puluhan.

"Wah! Tak sangka sembilan puluh tahun macam Wak ni masih ada yang nak?" Seorang lagi tetamu cuba berseloroh.

Tercengang aku mendengar. Sembilan puluh tahun??? Biar benar orang tua ni!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience