BAB 4

Horror & Thriller Completed 33313

Semua yang ada di situ mula ketawa. Tiba-tiba keluar seorang gadis dari bilik. Gadis itu berjalan perlahan menuju ke ruang tamu sambil menatang dulang berisi tempat kemenyan dan limau nipis.

Aku mula terlopong melihat gadis itu. Berkali-kali aku genyeh mata. Memang tidak syak lagi. Gadis itulah yang aku terserempak dulu.

"Abang...ni bahannya..." Gadis itu membongkok sedikit dan meletakkan dulang tadi di hadapan Wak Leman. Dia mula duduk bersimpuh di sebelah Wak Leman.

Aku tergamam bila mata gadis itu melirik manja ke arah aku. Gulp! Aku menelan liur lagi. Biar betul gadis ni isteri Wak Leman!

Tetamu yang lain juga turut terkedu melihat gadis manis itu memanggil Wak Leman dengan panggilan abang. Suara manja gadis itu cukup mempesona.

"Err..siapa nama isteri Wak ni?" Entah kenapa aku berani bertanya soalan sebegitu.

"Nama dia Zaleha. Panggil je Cik Leha"

"Ohhhh......" Ternganga mulut aku memandang kecantikan cik Leha dari dekat.

Wak Leman mula membelah limau nipis dan diletakkan dalam piring kecil bersama garam dan lada hitam. Sebiji telur ayam kampung pula digolek-golekkan atas kain kuning. Selesai itu, kemenyan pula dibakar.

Asap berkepul-kepul memenuhi ruang tamu rumah itu. Masing-masing melihat perlakuan Wak Leman tanpa sepatah kata. Aku pula masih bingung dengan tingkah Wak Leman. Sebiji gaya seorang bomoh.

“Err..Wak..siapa yang sakit?” Entah dari mana aku dapat keberanian bertanya pada Wak Leman.

“Syyy…” Wak leman memberi isyarat diam. Jari telunjuknya diletakkan atas bibir.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience