BAB 13

Horror & Thriller Completed 33333

“Sebenarnya Leha tu…”

“Leha apa??” Aku mengherdik Wak Leman.

Belum sempat Wak Leman bersuara, satu suara nyaring mula kedengaran di atas bumbung. Aku mendongak. Cik Leha sudah terpacak di situ. Aku menggigil ketakutan.

“Sekarang tak perlu aku bagi tahu siapa Leha! Kau sendiri sudah nampak!” Wak Leman ketawa lagi. Kali ini semakin nyaring.

“Ja..jadi..Cik Leha tu…” Aku pandang pula Wak Leman.

“Ya!! Aku kehabisan makanan. Dia nakkan darah manusia tapi aku terpaksa ambil darah ayam hutan. Kebetulan Mat datang, aku suruh Leha hisap darah Mat!” Wak Leman mula buka rahsia.

“Apa???” Aku terduduk. Lampu suluh di tangan jatuh tergolek atas tanah. Cik Leha masih bertenggek atas bumbung. Rambutnya sudah bertukar menjadi serabai dan menggerbang. Tika itu, aku rasa kaki aku seperti dihempap batu. Tidak bergerak.

“Sekarang giliran kau pula!!” Wak Leman mula menyeru Cik Leha. Dia sudah tahu dari dulu, darah orang muda akan membuatkan Cik Leha sentiasa kelihatan muda dan cantik walaupun sebenarnya dia sudah lama meninggal dunia.

Aku mula tersedar bila mendengar suara azan dari masjid berhampiran. Sempat aku lihat jam tangan. Waktu Isyak sudah masuk. Cik Leha sudah terbang meninggalkan rumah Wak Leman. Aku pula segera berlari dari situ sambil mulut kumat kamit membaca ayat-ayat suci Al-Quran.

DUA tahun sudah berlalu. Kampung Kelapa Tua masih seperti dulu. Aku termenung di jendela. Teringat kejadian yang tidak pernah diduga oleh akal aku. Zaman moden sebegini masih ada benda-benda seperti itu.

Selepas aku lari tidak cukup kaki malam itu, aku segera ke rumah tok imam. Lalu segala-galanya aku ceritakan kepada tok imam. Dan malam itu juga tok imam dan semua penduduk berpakat mengadakan solat hajat dan menyerbu rumah Wak Leman.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience