BAB 5

Horror & Thriller Completed 33313

Aku semakin bingung. Aku lihat tetamu lain juga turut diam seolah-olah asyik dengan tingkah Wak Leman mengasap kemenyan.

Hari itu selesai saja kenduri yang tak berapa kenduri, aku mula ke rumah Mat kepoh. Tergesa-gesa aku berjalan meninggalkan rumah Wak Leman. Sesekali aku menoleh ke arah belakang. Cik Leha tersenyum simpul pada aku sambil melambai-lambai tangan.

Biar betul! Wak Leman di sebelahnya sedikit pun tidak cemburu atau marah. Malah turut tersenyum melihat para tetamu meninggalkan laman rumahnya yang dipenuhi pokok bunga hutan.

“Mat! Mat!” Laung aku kuat.

Mat Kepoh menjenguk dari jendela kayu rumahnya. “Apa dia Sam?”

“Turunlah kejap! Aku ada hal penting nak bagi tahu ni!”

Mat Kepoh mengilas kain pelekat dan mula turun ke laman menuju ke pangkin di bawah pokok jembal.“Ada apa?”

“Tadi aku ke rumah Wak Leman…” Tercungap-cungap aku menahan nafas. “Ada kenduri kesyukuran…kau tahu tak…”

“Tahu apa?”

“Minah kecil molek yang kita jumpa tu rupanya bini Wak Leman!” Aku berkata dengan nada tersekat-sekat.

“Maksud kau minah yang pakai baju kebaya bawa bakul tu?” Bulat mata Mat Kepoh memandang Sam.

Sam hanya angguk.

Mat Kepoh mula duduk bersila di atas pangkin. Berkerut keningnya memandang aku. Aku pula masih mengah menahan kepenatan berjalan tadi. Agak jauh juga rumah Wak Leman dari rumah kampung yang lain. Sesekali mata kami bertembung.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience