BAB 9

Horror & Thriller Completed 33313

Ibu diam. Matanya membuntang memandang aku. Ayah pagi lagi sudah ke kebun membawa bekalan nasi lemak dan kopi O panas.

“Kenapa mak pandang Sam macam tu?”

“Kau tak tahu ke?”

“Tahu apa?”

“Mat dah meninggal dua bulan lepas!”

Aku terlopong. Terbeliak mendengar kata-kata yang terkeluar dari bibir kering ibu.

“Meninggal? Mak jangan nak bergurau. Sebelum saya ke kampus, Mat ada jumpa saya di /bus stop/. Elok je dia. Sihat segar bugar!” Aku sengih. Menyedapkan hati yang mula tidak percaya dengan berita mengejut itu.

“Betul tapi malam tu dia ke rumah Wak Leman. Katanya nak tengok isteri Wak yang sakit tu. Dua hari lepas tu, dia meninggal!” Mak memulakan cerita.

“Tapi meninggal sebab apa?” Aku semakin tidak faham.

“Entah! Mak ada juga melawat. Mak tengok mereka berbisik-bisik sambil menunjukkan sesuatu pada mayat Mat tu. Mak malas nak ambil tahu. Tak baik mengaibkan orang yang telah meninggal.”

“Apa yang tak kena pada mayat Mat?” Aku mula sebak. Benarlah Mat kepoh sudah meninggal. Terasa berat menyebut mayat Mat.

“Entahlah. Penduduk sini kata ada kaitan dengan Wak Leman tu. Sekarang ni Wak Leman dituduh menjadi punca kematian Mat.”

Aku mula tidak sedap hati. Dari dulu lagi aku rasa ada sesuatu yang tidak kena dengan Wak Leman. Aku minta diri ke rumah Mat Kepoh. Tiba di sana, suasana muram masih menyelubungi keluarga Mat Kepoh. Aku lihat ibu dan ayah Mat Kepoh masih meratapi kematian anak lelaki tunggal mereka.

“Makcik..maafkan saya. Saya tak tahu fasal hal ni. Tiada siapa bagi tahu saya.” Aku mendekati mak Mat Kepoh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience