BAB 12

Horror & Thriller Completed 33313

“Abang…Leha cintakan abang.” Cik Leha ingin memeluk aku lagi tapi aku mengelak.

“Samdol..Leha asyik meracau teringatkan kamu. Penyakitnya belum sembuh betul lagi. Kamu lihat, wajahnya mula ceria bila kamu datang. Bermalamlah di sini. Untuk malam ni je. Sudah puas Wak cari ubat.” Wak Leman mula merayu.

Aku semakin tercengang. Biar betul!! Takkan semudah itu Wak membenarkan isterinya mencintai orang lain. Dan takkan semudah itu Wak Leman mengikut kehendak isterinya. Ini sudah gila namanya!!!

“Tapi..saya tak pernah cintakan Cik Leha. Dia isteri Wak!” Aku pandang Cik Leha yang masih merenung ke arah aku.

“Abang! Sampai hati abang cakap macam tu! Leha tahu abang pun cintakan Lehakan?” Cik Leha mula meraung.

Ah! Kalut! Bingung! Pening! Semuanya berserabut! Drama apakah yang sedang aku berlakon ni??

“Maaf! Saya nak minta diri dulu!” Aku segera melangkah keluar dari rumah Wak Leman. Sebaik turun dari rumah, aku terhidu bau hanyir yang kuat. Aku berpaling ke arah bawah rumah.

Beberapa ekor ayam hutan sudah bergelimpangan mati di situ. Baldi yang diletak di tepi tangga dipenuhi dengan darah. Aku terus menutup hidung. Bau hanyir darah begitu kuat.

“Samdol!!! Kau telah mengkhianati permintaan Leha!!” Wak Leman menjerit sambil bercekak pinggang. Wajahnya bertukar bengis.

“Saya masih waras Wak!! Cik Leha isteri Wak!! Apa Wak tak takut Tuhan?” Aku menoleh seraya berkata.

“Tuhan? Hahahaha!!!”

Aku terkejut. Wak Leman sudah seperti orang gila. Rasanya aku juga sudah mula nak jadi gila dengan semua kejadian ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience