Setelah semuanya berakhir bagiku, aku memutuskan untuk memulangkan novel pinjamanku awal daripada masanya. Sebenarnya satu pun tidak aku baca. Dah aku pinjam pun atas sebab nak menegur Mr. H saja kan? So, sekarang aku dah tak nampak kepentingannya untuk aku ke library ini lagi. Angau sorang-sorang nak buat apa?
“Cepatnya miss D habis baca novel.”
Entah kenapa di saat dia menegurku, aku tidak lagi berasa teruja? Hmm..aku tahu kenapa. Sebab hanya bayangan Fatin sahaja yang aku lihat berdiri di sampingnya. Oh hati, tabahlah engkau!
“Kenapa awak panggil saya Miss D ek?”Aku kira sebelum aku cuba menjarakkan diri daripadanya, aku patut mengetahui apa sebabnya dia memanggilku dengan gelaran itu.
“Dan awak pula kenapa panggil saya Mr. H?”
“Mana awak tahu?”Serius, aku terkejut apabila dia tahu aku menggelarkan dirinya sebegitu.
“Belum masanya untuk awak tahu. Kita kan dah nak SPM. So, saya minta awak stay fokus pada peperiksaan besar ni. Kejar masa depan dulu sebab saya tahu awak ni jenis yang tak mampu nak handle perasaan berat yang ada dalam hati awak tu, Miss D. Awak tak kan mampu ke mana -mana kalau asyik melayani perasaaan itu sahaja. Maaf, saya bukan…….”
Belum sempat dia mahu menyudahkan ayat, aku terlebih dahulu pergi membawa diri dari ruangan perpustakaan itu dengan hati yang pedih. Tidak sangka Mr. H sanggup memerliku dengan cara seperti itu.
Aku tahulah dia pandai. Sebab itulah dia boleh saja ‘bercinta’ dengan si Fatin tu waktu dah nak SPM. Hei, ingat aku ni hadap sangat ke nak kan kau? Punyalah ayat perasan habis yang aku ‘gila’ kan kau! Tapi….memang aku gilakan kau pun sebenarnya.
Argghhh….bencinya aku dengan perasaan ni! Tak apa Mr. H. Tak apa. Mulai saat ini aku akan buktikan yang aku bukannya jenis perempuan yang suka berangan, dan angaukan kau seorang.
Aku nak move on. Kau suruh aku kejar masa depan kan? So, detik inilah aku akan mulakan. Good bye lah pada kau!
Share this novel