Syahdu aku rasakan mengisi segenap ruang hatiku tatkala dia meluahkan segala-galanya kepadaku. Serasa di saat ini aku bakal menitiskan air mata pada bila-bila masa. Terharunya aku apabila mendapat tahu bahawa selama ini bukan aku sahaja yang menyimpan perasaan padanya. Ternyata dia sudah lama membalasnya.
“So, Miss D tak nak balas apa-apa? Jangan kecewakan saya please.”
Rayuannya menggetarkan jiwaku. Sungguh, perasaan bahagia menyelinap di seluruh hatiku. Dalam pada masa yang sama aku juga dihimpit rasa sebak. Sungguh tidak aku sangka lelaki yang selama ini aku puja dari zaman sekolah lagi membalas cintaku hari ini. Oh Tuhan, terima kasih.
“Saya tengah berangan ke?”Soalku sambil mengesat sedikit air mata yang lolos dari tubirnya.
Dia ketawa apabila aku bertanya sebegitu.
“Tak Miss D, ini kenyataan. So, what your answer? Will you accept me?”
Ada debar menyinggah di kala pertanyaan itu diluncurkan syahdu ke telingaku. Dan renungan matanya pula sungguh tidak mampu aku balas. Akhirnya aku hanya mampu menggangguk dalam tundukan. Cehh, malu-malu pula. Malu-malu suka lattew!
Senyumnya lebar tatkala aku mengiakan permintaannya. Begitu juga aku yang tadinya tersimpul malu, kini sudah mampu untuk mengangkat wajah. Tak sangka sehh, semudah ini rupanya pengakhiran jalan cerita cintaku.
“So, you are officially be my darling now. So, tak payahlah saya panggil awak Miss D lagi.”
Aku terpaku mendengar kata-katanya. Jadi Miss D itu stand for darling? Oh, how sweet you Mr. H?
“Maknanya daripada dulu lagi awak panggil saya darling?”
“Nope. Miss D yang dulu refers to Daydreaming. Awak kan kuat berangan.”
What? Daydreaming? Naik muncungku apabila dia mengusikku sebegitu. Dia pula hanya ketawa melihat tingkahku.
“Tak lah. Of courselah D tu refers to darling. Mana berani kut nak panggil awak darling dulu. Sekarang oklah.”
Pujuknya, cuba menerangkan kepadaku. Lebar terus senyumku di waktu itu.
“And I know Mr.H refers to handsome, right?”
Dia membuat gaya macho kerana yakin dengan tekaan akan gelaran nama yang aku berikan padanya. Aku hanya membalas dengan anggukan beserta senyuman. Oh Tuhan, rasa bahagia apakah ini?
Share this novel