Hari ini aku menyertai Syahira dan Haziq makan di meja kantin. Kau orang ingat apa function aku makan bersama mereka? Of courselah aku dipergunakan untuk cover line. Pasangan hot couple ni pernah terkantoi sekali dulu dengan Cikgu Azli. Tak mahu pisang berbuah dua kali, tu yang aku dipaksa join hari ini.
Aku hanya fokuskan mataku pada makanan di hadapan. Malas mahu ambil port bicara merpati dua sejoli ini. Dah sah-sahlah aku tak boleh nak masuk dalam topik mereka kan? So, apa lagi yang boleh aku buat selain melayan perasaan sendiri.
“Patutlah orang tu tak pergi library hari ni. Mr. H dia depan mata. Hish, tak boleh berengganglah kau orang ni!”
Aku hampir tersedak. Mr. H ada di sini? Aku segera mengangkat wajah apabila Syahira berkata begitu dan akhirnya dup dap! Dadaku berdegup kencang.
Oh Tuhan, tak sangkanya tepat betul pilihan aku untuk teman Syahirah hari ini. Tak dapat tengok dekat library, sekarang ni depan mata Tuhan bagi. Mr. H tengah makan dekat meja depan aku kut. Oh, terharunya!
“Mr. H? Siapa? Oh Iqbal ke? Kenapa panggil dia Mr.H?”Haziq yang kebingungan lekas bertanya selepas melontarkan pandang kepada Mr. H di belakang.
“Entah. Tanya Laila.”Jawab Syahirah pula. Memancingku untuk membuka cerita.
“Saja. Huruf H dengan I kan dah tak jauh. Lagi pun aku suka huruf H tu.”Jawabku bersahaja. Malas mahu memanjangkan cerita.
“Oh, I see. Wah, bukan calang-calang nampaknya taste Laila. Tapi sayang, dia dah berpunya kut. Awek dia penolong kelas kita orang, Fatin. Tak kan tak tahu?”
Buk! Aku terasa seperti ada pukulan yang hebat sedang menggoncangkan hatiku apabila Haziq berkata sebegitu.
“Seriously dia dengan Fatin? Tak nampak pun dia orang berkepit berdua?”Syahirah pula yang aku lihat terlebih tidak percaya. Terima kasihlah Syahirah sebab tolong tanyakan bagi pihak aku.
“Seriouslah. Baru lagi couple tu. Fatin yang start, aku pun tak sangka yang Iqbal akan terima.”
Pada waktu itu hanya Tuhan sajalah yang tahu bagaimana perasaanku. Kecewakah aku? Erm, sudah tentulah aku kecewa. Sangat kecewa! Hampir setiap hari kut aku gadaikan waktu rehat aku bersama kawan-kawan semata-mata untuk merenung wajahnya. Tetapi sayang, ternyata hanya itu sahaja yang mampu aku lakukan kerana hatinya sudah ada nama yang terisi di dalamnya.
“Dia orang baru couple Laila. Aku yakin kau masih ada peluang.”Syahirah cuba memujukku dengan pandangan yang simpati. Aku faham maksud Syahira itu. Dia menyuruhku untuk caras Fatin dan dapatkan Mr. H daripadanya.
Tetapi maaf. Aku bukan sebegitu jenis orangnya. Cuba kalau semua ini kena pada dia. Aku caras Haziq misalnya. Pasti dia akan rasa sakit yang bukan sedikit nilainya. Aku yakin Syahirah akan sanggup bermusuhan denganku selama-lamanya.
Jadi sekarang, aku terasa tiada berguna untuk aku mencari pasal dengan Fatin. Aku tidak mahu membuat onar. Dia sudah dapatkan pun Mr. H tu.
Aku? Terpaksalah aku tunggu jika ada orang lain yang mampu mengetuk pintu hatiku. Kalaulah ada….
Share this novel