“So, awak nak explain apa?”
Walaupun berat hati untuk menerima pelawaannya tadi kerana sedar bahawa dia adalah tunangan orang tetapi aku tetap menggagahkan diri. Tidak tahu kenapa aku terlalu teruja untuk mendengar penerangannya kerana sebelum ini dia banyak menggunakan bahasa kiasan denganku. Aku mahukan penerangan yang jelas supaya semuanya akan selesai di sini.
Lagipun, dah alang-alang aku dah bersiap dan tak ke mana-mana ni, baik aku follow saja dia. Kenyang juga perut kalau dia belanja.
“Chop! Nantilah dulu. Sekarang ni saya nak buka masa untuk Miss D bertanya. Tanya sajalah apa-apa soalan yang Miss D nak tanya.”
“Kenapa panggil saya Miss D?”
Kerana dahulu aku tidak dapat jawapannya, jadi sekarang aku mahu bertanya semula.
Dia tersenyum apabila aku mengajukan soalan itu.
“Saya nak jawab soalan tu last sekali boleh tak?”Pintanya pula.
“Awak tahu tak nama sebenar saya siapa? Saya tahu nama awak Iqbal. Jadi saya rasa sangat tak adil kalau awak tak tahu nama saya.”
“Laila Amirah Binti Muhammad Azlan.”
Buat seketika aku terpegun. Lancar sungguh mulutnya menyebut namaku. Biar betul?
Tidak lama kemudian, satu kad kecil dihulurkan kepadaku. Dengan wajah yang binggung aku mencapainya. Bergetar terus hatiku sejurus menyedari bahawa itu adalah kad pinjaman buku di perpustakaan dahulu. Sewaktu itu aku menulis namaku di situ kerana meminjam dua buah novel di library.
“Awak curi kad ni?”Soalku dengan nada tidak percaya.
“Terpaksa. Tak dapat nak curi hati orangnya, curi kad yang tertulis nama dia pun jadilah.”
Dup dap! Mula dah aku blushing gila bila dia mengungkap kata-kata sebegitu. Ya Allah, mimpikah aku?
Eh, behave Laila! Lelaki depan engkau ni dah ada tunang. Jangan nak perasan lebih. Nasiblah aku boleh segera menyedarkan diri.
“Bila awak bertunang dengan Fatin?”
“Tunang? Fatin? Bila pula saya bertunang dengan dia?”
“Habis tu cincin dekat jari manis Fatin tu milik siapa?”
“Manalah saya tahu. Kalau saya nak bagi cincin pun, bukan dia orangnya. Mestilah saya nak bagi pada orang yang special di hati saya.”
Senyumannya lain macam apabila mengungkapkan kata-kata itu. Aku tidak mengerti maksud senyumannya.
“Habis Fatin bertunang dengan siapa kalau bukan awak?”
“Mohammad, ketua kelas kami dulu. Haishh, macam manalah awak boleh terfikir sejauh tu?”
Aku terpempan. Serba salah pula rasanya kerana membuatkan dia terpaksa mengenang kisah lama. Pastinya dia masih kecewa kerana cintanya di zaman persekolahan terputus di tengah jalan. Tetapi yang aneh, mukanya masih kekal tenang. Hebatnya dia menyembunyikan perasaan.
“Maaf sebab buatkan awak mengenang kisah lama.”Ujarku bernada kesal.
“Kisah lama?”
“Dulukan awak dengan Fatin.”Tambahku, menjawab kebingungannya.
Mendengarkan itu tawanya lantas pecah. Bertaut kening aku jadinya kerana tidak mengerti apa yang melucukan perasaannya.
“Tak sangka yang sampai sekarang awak masih percaya kata-kata Haziq tu. Haziq kan yang bagi tahu awak semua tu?”
Aku mengangguk dalam debar. Dalam hati tertanya-tanya apa yang berlaku sebenarnya?
“Haziq sengaja buat cerita rekaan tu sebab Syahirah kata awak suka pada saya. Dia orang sengaja nak pancing perasaan awak sebenarnya. Biar awak mengaku yang awak sukakan saya. Dah awak tu kalau suka tak nak mengaku pula tu. Awak tahu tak yang saya ni segan bila awak asyik tenung saya masa kat library dulu. Bila Haziq dah cakap macam tu, saya ingat awak pun akan mulakanlah langkah untuk berterus-terang tetapi malangnya sampai ke sudah awak terus membenamkan perasaan tu.”
Cis, semua ni kerja Syahirah dan Haziq rupanya! Hebatnyalah lakonan mereka berdua. Hish, kalau aku jumpa dia orang ni, memang aku nak tepuk tangan kuat-kuat depan mereka dan ucapkan kata tahniah! Tertipu aku rupanya. Kalaulah waktu itu aku sedar yang mereka hanya nak pancing perasaan aku?
“Dah awak sendiri pesan kan suruh saya berhenti mengelamun? Suruh saya kejar masa depan kan? So, itulah yang saya buat. Lagipun saya ni ada harga diri kut. Tak mungkin saya nak jadi perigi cari timba. Berterus-terang tu sangat susah pada saya.”
“Siapa kata awak perigi cari timba? Perasaan besar yang awak tanggung tu sama macam yang saya simpan dalam hati saya sampai ke detik ni tau.”
Oh mai! Adakah dia sedang mengaku yang dia pun dah lama sukakan aku? Arghhh…mula dah hati aku ni berdegup berlainan temponya. Dup dap dup dap. Huh, sesak nafas weh. Aku rasa macam darah merah sedang berkumpul dekat muka aku. Mesti muka aku merah gila.
“Dulu saya tak sempat nak explain apa-apa, awak dah larikan diri. Selepas tu, awak sentiasa mengelak kalau bertembung dengan saya. Saya yakin awak salah faham sebenarnya. Maksud kata-kata saya tu adalah saya nak kita sama-sama fokus pada pelajaran dulu sebab kita berdua dah nak SPM. Selepas tu, barulah kita boleh fikir tentang perasaan kita berdua. Saya tengok walaupun kita belum ada apa-apa lagi awak dah mula hilang fokus pada pelajaran. Saya risau sebenarnya tengok keadaan awak masa tu. Atas sebab itulah saya suruh awak fikir masa depan dulu. Tapi saya tak sangka yang awak jadikan semua tu sebagai cabaran. Kalau awak nak tahu, saya ikuti perkembangan awak selama ni. Saya stalk laman sosial awak dengan awak-awak sekali. Dan saya juga banyak bertanya pasal awak pada Haziq dan Syahirah. Bahagia. Saya sangat bahagia bila dapat tahu yang awak masih teguh bergerak solo tanpa berfikir nak cari Mr. yang lain bagi menggantikan tempat saya di hati awak tu. Kalau awak nak tahu, saya pun macam tu. Sebelas tahu Miss D, saya pegang perasaan ni. Saya cintakan awak dari tingkatan 5 lagi.”
Aku merenung tepat ke anak matanya. Mencari sinar kejujuran di atas setiap bicaranya dan sememangnya aku tidak nampak semua ini sebagai suatu sandiwara. Dia sememangnya jujur dalam berbicara.
Share this novel