BAB 8

Romance Completed 6244

Kembali ke Majlis Reunion

“Lama betul berangan! Dari dulu sampai sekarang tak berubah-ubah.”

Aku terkesima. Kaku aku untuk beberapa saat tatkala suara itu terasa dekat di telingaku. Suara yang sudah sebelas tahun tidak mahu aku dengari. Selama ini jika ada berita tentang dirinya daripada teman-temanku pun, aku tidak mahu ambil peduli.

Aku mengalih pandang. Dia di sebelah tersenyum manis padaku. Dup dap! Haishh, dah mula dah hati aku ni buat pesta gendang.

Aku mengitarkan pandangan. Mencari kelibat Syahirah dan Fiza. Cis, tak guna! Mereka tersengih-sengih mengusik aku dari meja yang bertentangan. Ni dah sah-sah kerja mereka berdua ni.

Macam manalah aku boleh tak sedar yang aku duduk bersendiri di meja ini tadi kerana meja yang diduduki mereka sudah penuh dengan pasangan mereka berdua. So, aku yang masih solo ni terpaksalah mencari ruang sendiri di dalam Cafe ‘The Big Mouth’ ni.

Solo? Kalau dia duduk di sini, maknanya dia solo juga ke? Eh, patut ke aku bahagia? Huh, jangan Laila, jangan. Ingat balik kata-kata dia pada kau dulu. Entah-entah dia sengaja duduk sini sebab dah tak ada tempat kosong. Baik kau bersiap sedia Laila. Sah-sah karang Fatin pun ambil port dekat sini.

“Miss D jangan berangan jauh-jauh sangat. Saya dekat sebelah ni saja pun.”

Dengan tawa kecil dia cuba mengusikku.

Aku yang menyepi, masih cuba menahan hati. Tolonglah Mr. H, jangan mainkan perasaan aku! Gurauan macam tu boleh buat aku terperasan tahu tak?

Tanpa sedar, aku terus bangkit dari kerusiku. Tas di meja aku capai dan terus berlalu meninggalkan lelaki itu terpinga-pinga. Begitu juga dengan Syahirah dan Fiza. Terkejut benar nampaknya mereka apabila aku mengambil haluan untuk pergi. Haishh, dah siapa suruh mereka cari pasal dengan aku. Aku tahu ini semua kerja mereka.

Tapi sebenarnya aku bukan nak meninggalkan majlis ni pun. Tak profesional langsunglah kalau begitu. Aku nak ke tandas saja sebenarnya. Gabra siot duduk sebelah Mr. H.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience