BAB 3

Romance Completed 6244

Flashback 11 tahun yang lalu

“Hei, kat sini rupanya kau!”Ternaik sedikit bahuku ke atas tatkala ada tangan yang menepuk bahuku dari belakang. Aku segera berpaling. Wajah Syahirah dan Fiza yang sedang tersenyum menyakat itu aku balas dengan jelingan. Hish, sibuk sajalah mereka berdua ni.

Di saat mereka berdua mengambil tempat di atas kerusi berhadapanku, aku hanya buat-buat sibuk menelaah buku. Boleh tahan, empat lima buah buku juga aku ambil dari rak perpustakaan ini tadi.

“Kau perasan tak Fiza. Dulu, ada orang tu tak pernah jumpa pun jalan nak ke library ni. Kadang-kadang sampai aku rasa yang dia tak pernah tahu pun ada bilik yang dinamakan sebagai

‘perpustakaan’ dalam sekolah ni. Walaupun dia pandai, tapi aku tahu dia bukannya jenis orang yang duduk menghadap buku.

Tapi aku wonderlah kenapa sejak kebelakangan ni, dia rajin sangat check in library ni? Dan port dia pula mesti depan kaunter pinjaman buku. Erm, entah-entah sebab budak baru yang macho tu tak?”

Aku hanya diam tidak bersuara. Membiarkan sahaja Syahirah berceloteh memerli aku. Aku sedar, dia cuba mengaitkan kerajinanku membaca buku di sini dengan ketua pengawas perpustakaan yang juga merupakan budak baru di sekolah ini.

Erm, malas aku nak bangkang sebab semuanya memang tepat sekali. Aku memang sengaja buat-buat rajin pergi ke library. At least, waktu-waktu rehat ni dapatlah juga aku cuci mata tengok wajah tampan, tenang dan macho lelaki yang memang setia di kaunter pinjaman buku itu. Kenyang terus aku weh! Tak payah bazir duit beli makanan di kantin.

“Tengok dari jauh apa kau dapat Laila? Walaupun kau nampak kita orang ni macam tak care tapi sebenarnya jauh dalam hati, kita orang support kau tau. Kita orang ni tak naklah ada yang frust menonggeng sampai guling-guling, ambil jangan singkat dengan cara terjun loji air semua.”

Kali ini Fiza pula yang bersuara dengan matanya hanya tertancap pada buku yang sedang diselak-selaknya.

Amboi, over betul! Kut iya pun aku angau dengan Mr. H depan mata ni, tak ada lah sampai aku terniat nak bunuh diri kalau dia reject aku. Aku ni jenis orang kalau frust je, bentang tikar sejadah dan mengadu pada Tuhan. Iitulah jalan terbaik. Cehh! Tapi ini bukan riak tau. Kenyataan! Buat apalah nak buat kerja Tuhan dalam soal ajal dan maut ni.

“Entahnya Laila. Kalau tengok saja macam mana dia nak tahu yang kau suka dia?”Tambah Syahirah pula.

Desakan mereka itu membuatkan aku menelan liurku berulang kali. Mata yang tadinya hanya kekal pada buku aku angkat. Memandang lurus ke hadapan dan akhirnya aku tidak mampu untuk mengelipkan mataku sendiri. Mana tidaknya, di saat ini pandanganku bertembung betul-betul dengan si wajah tampan. Gulp! Aku rasa macam dah tercekik air liurku sendiri.

Tak lama kemudian, mata segera aku larikan. Sesak pula rasanya nafasku tiba-tiba. Dah apa hal ni? Baru bersabung mata, aku dah macam nak putus nyawa. Ni kalau dia ajak couple ni, mahu aku koma agaknya. Cehh, perasan!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience