BAB 9

Romance Completed 6244

“Eh, Laila! Lama rasanya tak jumpa? How’s your life? Bila lagi nak naik pelamin? Rasanya lepas Fiza, dah tak ada budak-budak batch kita yang nak belanja nasi minyak. Maybe it’s your turn Laila.”

Sejurus pintu tandas aku tutup, sudah ada suara yang menyapaku dengan menanyakan soalan-soalan wajib itu. Haish, sabar sajalah! Apa dekat dahi aku ni ada tulis ‘tolong soal saya tentang jodoh!’ ke? Hei, tak faham aku!

“In Shaa Allah. Kalau saya dah jumpa orang yang sesuai, bukan setakat nasi minyak. Nasi arab pun saya boleh belanja.”

Kataku bersahaja, cuba melayan usikan. Fatin di sebelah hanya membalasnya dengan tawa kecil.

Aku membuka paip air, membasuh tanganku untuk dijadikan sebab kenapa aku perlu ke tandas ini. Dia juga aku lihat berbuat sebegitu sebelum mataku melekat pada sebentuk cincin permata di jari manisnya.

Tidak semena, hatiku bergetar tiba-tiba. Aku jadi tertanya-tanya tentang siapa pemberi tanda untuk memiliki gadis sehebat Fatin ini? Haish, terima sajalah hakikat Laila. Mr. H kau itulah orangnya.

“Itu cincin…”

“Oh, tunang.”

Jawabnya dengan ceria sebelum aku sempat habis bertanya.

Aku memaksa senyum. Cuba menyembunyikan perasaan hampa. Aneh juga mengapa aku perlu hampa jika sebelum ini aku sudah boleh menerima hakikatnya. Kata dah move on!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience