BAB 13

Romance Completed 6244

Lima bulan berlalu

Walaupun usia perhubungan kami masih lagi di tahap awal tetapi ternyata jodoh itu terletak di tangan Tuhan. Alhamdullilah, semalam merupakan detik bahagia bagi aku dan pasangan kerana kami sudah selesai di ijab kabulkan. Bermakna sekarang, aku sudah sah menjadi milik muthlak Mr. Iqbal seorang.

“Tahniah Laila, Iqbal. Selamat pengantin baru. Semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat. Cepat-cepat dapat baby tau. Tak sabar nak tengok baby korang. Comfirm comel dan hensem macam mummy and daddy dia. And thank you lagi sekali sebab jemput saya hari ni.”

Ecah, salah seorang classmateku sewaktu di sekolah dahulu mengucapkan kata-kata tahniahnya kepada kami. Ecah ini memang daripada dahulu lagi beginilah perangainya. Ramah terlebih. Sebab itulah berjela saja ucapannya.

“Terima kasih Ecah. Teruskan doa yang baik-baik ek untuk kami.”Sebelum dia mahu berlalu pergi, aku berlaga pipi dengannya.

Pulangnya Ecah, berganti pula dengan pasangan pengantin lama di hadapan kami. Siapa lagi kalau bukan Syahirah dah Haziqnya berserta Fiza dan Adibnya. Bukan main lebar lagi senyuman mereka. Apa lagi kalau bukan berniat mahu mengusik kami.

“Aku rasa pasangan inilah yang paling tragik gila. Lama kut nak tunggu masa dia orang confess. But, Alhamdullilah hari ni naik pelamin juga.”

Kami masing-masing hanya ketawa mendengarkan usikan Syahirah.

“Well, welcome to the club bro. Kalau nak tahu petua jadi suami mithali, meh abang-abang senior ni ajarkan.”Kali ini Haziq pula yang yang bersuara, menyambung gelak tawa kami.

Ya Allah, betapa saat inilah yang paling bermakna dalam hidupku. Terima kasih Tuhan kerana menjadikan angananku suatu kenyataan. Walaupun Iqbal adalah nama suamiku tetapi dia akan tetap menjadi Mr. H ku. Mr. Husband yang Handsome! Hehe.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience