BAB 15

Romance Completed 7802

“Damia !”Aku pandang Aaron Mateen yang sedang bersandar di depan bonet kereta Honda City hitam berkilatnya tu.

“Awak jangan terkejut kalau awak masuk nanti.Saya tadi dah cakap ada cara supaya hidup awak tak akan malang lagi selepas ni.Awak dengarkan tadi.”Aku hanya angguk.Dalam benak aku aku pelik.Boleh ke dia buat hidup aku yang tak beberapa nak malang ni jadi indah.Aku buka pintu utama.

“Damia !”Aku pandang dia lagi.Kacau betul.

“Tak ada apa apa.”Aaron Mateen dah sewel.Tergelak sorang sorang.Gila.Aku masuk dalam butik.Tiba tiba,ada sesuatu terjatuh atas kepala aku.Banyak pula tu.Reaksi aku macam nak kena pukul dengan samseng.Menjerit dan menutup muka dengan kedua belah tangan.Aku mengalihkan tangan dari muka aku.Aku pandang sekeliling.Rupa rupanya origami.Origami burung!

“Cik origami,I love You!!!”Terkejut aku.Aku pandang Aaron Mateen yang tersenyum manis di sebelah aku.Entah bila dia ada kat sebelah aku.Aku hanya melopong.

“Damia !Boleh awak jadi kekasih saya di dunia dan akhirat selama lamanya.” Aaron Mateen menghulurkan bunga.Uniknya,bunga tu bunga kertas origami yang dikumpul menjadi sejambak.

Ini ke perasaan bila seorang lelaki hadiahkan origami.Rasa yang arwah ibu rasa bila arwah ayah melamar dengan origami.Ini ke perasaannya.

“Damia sayang.Terimalah lamaran anak umi tu.Dia mengharap sangat.”Aku berpaling ke belakang.Umi Tatiana !Akmal!Macam mana mereka ada kat sini.

“Terimalah Rissa.Adik akak tu mengharap sangat.”Wanita yang aku jumpa di taman hari tu ada kat sini.Mustahil.Kenapa dia suruh aku terima Aliff Damien.Dia kan isterinya.Dia nak suruh aku jadi madu dia ke.

Hisy!Kau tak dengar ke Damia.Kan dia kata suruh terima adik dia.Maknanya Aaron Mateen tu adiknya dan Aaron Mateen tak kahwin lagi.Yahoo….Aku tersenyum sedikit.

“Diam tandanya setuju.Abang Dami!Selamat berbahagia dengan Kak Rissa.”Akmal menyampuk.Macam mana pula dia kenal Aaron Mateen ni.

“Kakak.Terimalah uncle.Mia nak kakak jadi mama saudara Mia tau.”Budak perempuan tu pun ada.Yang aku sangka dia anak Aaron Mateen.Rupanya anak saudara.Sampai hati tipu aku.Siapa buat rancangan ni.

“Siapa buat rancangan ni.Kenapa nak kenakan Damia.”Aku pandang mereka.Mereka berpandangan sesama sendiri.Akhirnya Umi Tatiana ceritakan apa yang berlaku.

Sejak kematian Adeila,Aaron Mateen terus melanjutkan pelajarannya di luar Negara.Dua tahun lepas,baru dia balik sini.Aaron Mateen mencari aku setelah dia tahu yang dia amat perlukan aku.Yang dia cintakan aku.

Dalam mencari tu dia terjumpa Akmal.Macam mana boleh terjumpa tu aku tak tahu.Akmallah yang ceritakan pasal aku macam mana keadaan aku selama Aaron Mateen tak ada dalam negara ni.Yang sedang rindukan seseorang.Malunya aku.

Aaron Mateen dan Akmal merancang sesubatu untuk kenakan aku.So,diorang rancang katakanlah yang Aaron Mateen dah berkahwin.Kakaknya jadi isteri olok oloknya dan Mia jadi anaknya.Umi Tatiana juga ikut rancangan tu.Masa di taman hari tu,Umi Tatiana memang dah tahu aku sedih sebab Aliff Damien.Tapi Umi Tatiana pura pura tak tahu.Bijak betul mereka tipu aku.

Hal yang umi Tatiana accident tu bukan dari sebahagian rancangan.Kebetulan kut.Jodoh aku dengan Aaron Mateen nak dekat kut.

“So,umi dah ceritakan segalanya.Damia nak terima anak teruna umi tak?”Umi Tatiana pegang tangan aku.Aku hanya tunduk.Akmal dan kakak Aliff Damien serta Mia hanya pandang aku yang gelisah dan malu malu kucing.

Ini impian yang kau tunggu.Terimalah.Damia !Kau sendiri kata dulu.Yang kau akan terima lelaki yang lamar kau dengan origami.

Aku pandang Aaron Mateen.Dia punya muka sekarang macam kucing nak beranak aku tengok.Takutlah tu aku tak terima lamaran dia.

Share this novel

Amiimullah Aksan
2020-03-04 22:14:18 

bab 16 bab akhir ke..?

Amiimullah Aksan
2020-03-04 22:14:02 

bab 16 bab akhir ke..?

Amiimullah Aksan
2020-03-04 22:13:45 

bab 16 bab akhir ke..?


NovelPlus Premium

The best ads free experience