BAB 13

Romance Completed 7802

“Saya akan datang segera.Tolong maklumkan kepada Dr.Salleh saya lambat 5 minit.Saya nak kemaskan barang saya.”Aku bangun dari kerusi dan kemaskan fail fail perubatan yang berselerakkan di atas meja.

“Baiklah.”Nurse tu terus menonong pergi.

Adatlah kalau ada orang selalu sakit setiap hari.Accidentlah,jatuh tanggalah,kena pukullah dan entah apa apa yang sakitnya.

“Kenapa Aris?Ada kecemasan ke?”Fifi menanya aku.Dia kebetulan baru masuk bilik di mana aku dan dia berkongsi ruang kerja yang sama.

Aku sebenarnya tak sangka selepas habis belajar aku jumpa Fifi ni kat hospital tempat aku menjawat jawatan doktor.Aku memang tahu Fifi ni nak jadi doktor.Tapi tak sangka boleh pula jadi rakan sekerja di hospital yang sama.Memang pelik.

“A’ah.Ada orang cedera accident.Malam ni jadi tak?”Aku tanya Fifi.

“Jadi jangan tak jadi.Kau belanja tau.”Fifi terus duduk di mejanya.

“Citt..baru je nak mengelat daripada belanja kau.Ok lah.Aku kena segera.Nanti aku call kau.”Aku terus keluar untuk pergi ke bilik kecemasan di tingkat yang sama aras dengan bilik kerja aku.

Di depan bilik kecemasan aku terlanggar seseorang yang tiba tiba keluar dari bilik tu.Apa lagi terjatuh aku dengan orang tu depan pintu.

“Maaf.Saya tak sengaja.Saya kena cepat.”Aku bangun dari jatuh aku tanpa pandang muka orang tu.Orang tu pun bangun juga.Aku terus jalan nak masuk bilik kecemasan.Tapi tangan aku di paut.Aku berpaling.

“Awak tak ingat saya lagi Damia ?”Orang tu …Aaron Mateen.Mata aku terus membuntang pandang dia.

“Awak makin cantik sejak kali terakhir saya lihat awak.You’re beautiful.”Romantik suara dia.

‘Damia !Dia dah kahwin.Jangan nak buat benda macam ni.Nak cair segala.’Aku terus menepis tangan Aaron Mateen dari tangan aku.Aku terus masuk ke bilik kecemasan.

“Damia !Kenapa awak lari.Awak benci saya ke?”Hati Aaron Mateen tertanya tanya.

“Rissa!Boleh tolong umi tak?”Umi Tatiana tanya aku semasa aku sedang kopek buah di tepi katil hospital di mana umi Tatiana di rawat.Rupa rupanya umi Tatiana pesakit yang cedera di kepala tu.Yang aku terburu buru nak masuk bilik kecemasan sampai terlanggar seseorang iaitu Aliff Damien.

Umi Tatiana teraccident semasa nak pergi ke butik pengantinnya.Oleh kerana tak ada pemandu,dia bawa kereta sendiri sehingga cuai dilanggar oleh kereta dari arah bertentangan.Syukur kecederaan Umi Tatiana tak serius.Dalam beberapa hari lagi dah boleh pulang.

“Damia !Kenapa termenung.Umi tanya ni.”Umi Tatiana tepuk bahu aku.Aiseymann…boleh terberangan pulak.Sebenarnya aku buntu.Macam mana Aaron Mateen boleh…

“Damia !”

“Ye ye…umi.Umi nak minta tolong apa tadi?”

“Ingatkan Rissa tak dengar.Umi nak Rissa tolong ambilkan sesuatu benda dekat butik umi.Boleh tak?”Itu je ke permintaan umi.Kacang je tu.

“Ok.Rissa pergi.”Aku terus setuju je.

“Rissa pergi dengan Damien esok ye.Bukan apa takut terjadi apa apa ke?Sekarang ni kan banyak kes.Ragutlah,rogollah,bunuhlah.Risau umi.”Lupa nak cerita.Aku baru tahu yang Aaron Mateen ni anak umi Tatiana.Kecil betul KL ni.Tut tut anak teruna yang umi Tatiana cerita tu Aliff Damien.Tak sangka.

Aaron Mateen kalau keluar dengan aku tak ada orang marah ke?Dia kan dah kahwin.

“Ok.”Lain nak dikata lain pula keluar.Aku terus suapkan umi makan buah yang telah di kopek.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience