BAB 2

Romance Completed 7802

“Ye lah mak minah.Boleh tak kau jangan menyanyi.Nanti hujan kang.Macam mana aku nak balik.”Dahlah rumah aku jauh dari tempat bas sekolah ni berhenti.

“Oh okey Aris.Ingat tau esok.Dah lah… aku nak turun.Bas dah nak berhenti tu.Bye.”Fifi bangun dari duduk di sebelah aku.

“Eh jap.Kenapa budak praktikal tu nak jumpa aku.Macam mana dia kenal aku.Aku tak kenal dia pun.”Aku tanya Fifi.

“Entah…kau tanya dia sendiri ye.Bye.”Fifi jawab macam tu je.Selepas tu dia turun dari bas dengan beberapa penumpang lain.Sebelum bas bergerak aku jenguk ke luar tingkap dan melambai Fifi.

“Ingat esok tau!”Fifi menjerit kat aku.Dia ni sempat juga menjerit macam tarzan kat aku ye.Aku bersandar di kerusi.

Dan…kenapa budak praktikal tu nak jumpa aku.Mengikut dari cerita Fifi semalam,budak tu dihantar oleh sekolahnya di sekolah aku untuk membuat praktikal.Praktikal apa aku tak tahulah.Tapi praktikal itu untuk keputusan SPM juga.Beberapa pelajar sekolah lain jugak dihantar untuk buat praktikal.

Macam mana dia boleh kenal aku pun tak tahulah.Para pembaca tahu tak?

“Nah 14 origami hati.”Aku menghulurkan kepada Munirah.

“Ini 24 origami bunga ros,Qadri.”

“Dan ini 10 origami bintang untuk kau Risha.”

Dan tempahan rakan rakan lain aku serahkan jugak.Penat tau semalam membuat origami ni.Nasib baiklah Akmal membantu.Dapat juga tambah duit nak bantu ibu.

“Damia !Nah…ada orang bagi kau.”Taufiq,rakan sekelas aku bagi sesuatu.Secebis koyakan kertas.Aku pergi belakang kelas.Buka kertas tu.

Damia Ezzaty

Jumpa saya di library waktu balik tuisyen nanti.

Aaron Mateen

Siapa pulak Aaron Mateen ni?Budak praktikal tu ke?Dia nak jumpa aku buat apa.Nak tempah origami ke?Hisy!Asyik asyik origami je aku fikirkan.

“Asal ada orang nak jumpa kau mesti ingat orang tu nak tempah origami je Damia kan?Jumpa je lah Aaron Mateen tu.”Aku berjalan ke tempat duduk aku.Nak buat origamilah.Tapi kenapa sunyi sangat.Aku pandang sekeliling.Rakan sekelas aku pandang aku pelik. Eh eh…Aku cakap kuat ke tadi kat belakang?Sampai macam tu sekali diorang pandang aku.

Di Library

Ada beberapa orang pelajar di library.Bagus betul pelajar sekolah aku.Petang petang macam ni pun rajin lagi pergi belajar.Library sekolah aku ni lain sikit sebabnya ia buka sampai pukul 6 petang.Baguskan?

Aku mencari cari Aaron Mateen manalah tahu dia mengamit aku datang kat dia ke.Tapi mana pula dia ni.Dah lah aku tak kenal dia sepatah haram pun.Terkial kial aku mencari.Akhirnya aku duduk juga di kerusi.Biarlah si Aaron Mateen tu cari aku sendiri.Lagipun dia kenal aku.

Rasa rasanya aku bermaustautin kat library ini dalam setengah jam jugak.Aku dah panas hati ni. Menjengkelkan lah budak tu.Kalau si Aliff Damien tu tak datang dalam 5 minit lagi,lebih baik aku blah.Sia sia aku menunggu. Dah lak pulak aku kena balik sebelum pukul 6.Kang lambat alamatnya aku kena tinggal bas gamaknya.Sekarang pun dah pukul 5.25 petang.

Aku dah putus asa.5 minit bagi peluang pun dia tak datang.Aku nak balik.Tugasan sekolah nak buat,origami nak buat,kerja rumah lagi.Haiihhh…banyak kerja harus dibuat aku.

“Asalamualaikum.Maaf saya lambat.Tadi ada perkara penting nak dibuat.”Ada suara yang mengejutkan aku yang sedari tadi merungut.Aku berpaling dan seorang budak lelaki tersenyum ke arah aku.

Mak aiihhh…handsomenya.Cair aku di buatnya.Agaknya ni kut Aliff Damien.Hilang rasa jengkel aku kat dia sebab muka dia kiut sangat.Terjatuh cinta tu tak adalah ye.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience