BAB 6

Romance Completed 7802

“Awak ni dah gila ke?Kalau awak tu dah fanatik sangat dengan origami lebih afdal awak pergi buat sendiri.Kan senang.”Aku bagi jalan mudah.

“Masalahnya saya ni tak reti buat origami.Awak je yang tahu.”Jawab Aliff Damien.

“Tak tahu…belajar.”Aku terus tinggalkan dia.

Tapi aku rasa gelisah semacam.Baru aku tahu,kalau tak buat origami mesti tak lengkap hidup aku.Kadang-kadang masa aku tengah tunggu bas mesti ada seorang budak yang buat origami.Macam macam yang dia buat.Origami yang dibuatnya mengamit aku buat origami balik.Haihh….rindunya origami.

“Kenapa awak nak origami?Awak nak buat apa?Sampai seribu menempah.”Aku tanya Aaron Mateen pada satu hari di kantin selepas aku fikir masak masak nak buat origami balik.Dia ketika tu sedang makan nasi lemak.

Aaron Mateen terkejut dengan kemunculan Damia depannya.Tiba tiba je datang perempuan ni.Hampir pengsan aku.Dia tak menjawab soalan Damia sehingga dia menghabiskan makanannya.Selepas tu dia ajak Damia mengikutnya.

“Tengok gambar ni.”Arah Aaron Mateen selepas dia mengeluarkan sekeping gambar dari walletnya.Dia dan Damia ketika itu berada di tepi padang.Biarlah aku cerita semua kenapa aku nak origami sampai seribu.Aaron Mateen memandang Damia.

Aku ambil gambar tu.Ada seorang gadis dalam lingkungan umur aku tersenyum manis.Di sebelahnya Aaron Mateen berlatarbelakangkan Eiffel Tower di Paris.Wah…Paris.Kagum aku.

“Kenapa dengan gambar ni.Apa kena mengenanya dengan origami.”Tanya aku.Aaron Mateen mengambil masa nak jawab soalan aku.Susah sangat ke.

“Gadis dalam gambar tu sepupu saya dan juga merupakan cinta pertama saya.”Jawab Aaron Mateen.

Cinta pertama.Wahh…tak pernah aku dengar ada cinta pertama dalam usia mentah macam ni.

“Cinta pertama ye?Dengan sepupu awak.Jarang betul ada orang bercinta dengan sepupu sendiri.Hmm…so,kenapa awak nak origami.”Balik balik aku tanya tentang origami.

Aaron Mateen ketawa.Kelakar pula aku dengan Damia ni

“Sebab….saya nak luahkan cinta saya dekat dia dengan origami burung.Saya tahu memang tak ada orang buat macam saya.Saya buatlah.Kan romantik gitu.”Aaron Mateen pandang Damia.

Origami burung!Aaron Mateen nak luahkan cinta dengan origami burung.Macam arwah ayah buat.Aku tak sangka.Tiba-tiba air mata aku menitis.Aku terharu.

“Kenapa awak menangis ni?Saya salah cakap ke?”Aaron Mateen terkejut dengan air mata Damia.Aku tak pernah buat perempuan menangis.Termasuk umi aku sendiri.Air mata kebanggaan adalah.

“Tak adalah.Saya cuma terharu je. Tak sangka ada lelaki macam awak zaman sekarang ni.And siapa kata tak ada orang luahkan cinta dengan origami.Adalah.”Aku menerangkan.

“Oh ye ke...Boleh saya tahu siapa jejaka yang romantik macam saya tu?.”Aku nak tahu juga.Aaron Mateen menunggu jawapan Damia.

“Arwah ayah saya pernah buat macam tu kat ibu saya.Saya rasa meluahkan rasa cinta melalui origami tu romantik sangat.Saya ada berangan juga,kalaulah ada lelaki yang buat macam tu kat saya.Dah tentu tentu saya terus terima lelaki tu jadi suami saya.”Aku bagitahu dia.

“Tak sangka awak ni gatal juga.Fikir kahwin je.”Sakat Aaron Mateen.

“Jangan nak mengarut ok.Awak tu lah yang gatal.”Aku nafikan.

“Ok ok lah.So,macam mana.Boleh buat origami balik?”Boleh-bolehlah.Harap Aaron Mateen.

Hmm…aku fikir fikir sekejap.Aku rasa boleh kut.Tapi janji aku dengan ibu macam mana?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience