BAB 8

Romance Completed 7802

“Jomlah Deila.You kata nak luangkan masa dengan I dan Damia sebelum you balik Paris.”Suara Aaron Mateen menyelamatkan aku yang tengah mati akal.

“I lupa pula.Jomlah Rissa.Biar kita tinggalkan Damien ni sorang sorang.”Adeila menarik tanganku.

“Amboi…mentang mentang ada kawan.Tak pe.I merajuk.”Aaron Mateen pura pura merajuk.Dia meluru keluar dari library.

“Alah you.Jangan merajuk.Macam budak budaklah.”Adeila memujuk.Dia terus pergi ke sisi boyfriendnya.Memujuk orang tua seperti Aaron Mateen tu.

Aku hanya tersenyum di belakang mereka.Kelakar pula aku rasakan dengan pasangan sejoli ni.

“Aduh…”Aku hampir terjerit.Kenapa hati aku perit ni.Aku pegang dada aku.Aku melihat adegan Aaron Mateen dan Adeila yang sedang saling memujuk.Sakit masih terasa lagi.Kenapa ni?

“Kelakar you ni Damien.Damia jom.Kita ronda ronda KL ni sepuas puasnya.Driver papa Damien akan bawa kita pergi mana saja yang kita nak.”Adeila tarik tangan aku dan menyuruh aku masuk di tempat penumpang.

“Damia !Awak minta je apa yang awak nak ok.Adeila akan belanja awak.Dia tu kaya.”Aaron Mateen tergelak.

“You ni….”Aku dah tak dengar apa apa lagi.Aku hanya memfokuskan pandangan kepada Aaron Mateen yang sedang ketawa.Hati aku berasa sakit yang tak terperi melihat mereka.

Kenapa dengan aku?Adakah aku mula jatuh cinta dengan Aaron Mateen ?Dalam umur macam ni?Aku tak boleh cintan cintun dengan dia.Dia dah ada Adeila.

Tak boleh!Tak boleh!

“Kenapa awak tak banyak cakap Rissa?Saya pelik tau.”Tiga hari selepas tu Aaron Mateen menanya aku.Aku tak menjawab.

“Rissa!Awak ni sakit ke?Demam ke?”Aaron Mateen meletakkan telapak tangannya di dahi Damia.Dah tiga hari si Damia ni tak cakap dengan aku.Kenapa pula?

Aku menepis tangan Aaron Mateen.Sesuka hati menyentuh orang.

“Mana ada.Saya ok je.Saya cuma nak cepat siapkan origami ni.Penatlah saya hari hari datang library ni.Nanti ibu saya syak pula.”Aku cakap.Sebenarnya tu bukan sebabnya.Aku sebenarnya takut kalau kalau perasaan aku makin mengebu jika dengan dia.

“Lorr..ye ke.Nak saya tolong ke?Saya boleh bagitahu ibu awak kenapa awak hari hari datang library ni.”Aaron Mateen menghulurkan bantuan.

“Tak payahlah.Thanks.”Aku ucapkan terima kasih.

“Ok…kalau tak nak.”Aaron Mateen menompang dagu dengan tangannya memandang Damia.Dia rasa macam ada sesuatu yang pelik di dalam hatinya.

“Apa hal awak pandang saya macam tu.Buang tabiat ke?”Rimas pula kalau Aaron Mateen renung aku macam nak telan.Aku ambil air tin di meja dan meminumnya nak hilangkan rasa tak selesa.

“Tak ada apa apa.Mungkin saya dah jatuh cinta kat awaklah. Awak comellah dengan tudung polka dot awak ni.”Pernyataan Aaron Mateen buat aku tersedak.

“Eh…sorry.Tak sengaja.Saya gurau je.Awak tak apa apakan?Sorry again.”Cemas Aaron Mateen.Tak sangka pula yang Damia ni boleh tersedak macam ni sekali.

“Jangan bergurau boleh tak.Saya mati kat sini nanti siapa nak tanggung.”Aku cakap kat dia lepas lega dari tersedak.Dia gurau je ke.Aku ingat memang dia dah jatuh hati dengan aku.

“Sorry….saya cuma nak ceriakan awak.Muka awak memanjang serius je.”Alasan Aaron Mateen.

Aku tak layan alasan dia.Aku teruskan buat origami.Lagi seratus lebih nak buat.Insya-Allah mungkin minggu depan siap.Tiba tiba nada telefon Aaron Mateen berbunyi.Aaron Mateen mengangkatnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience