BAB 1

Romance Completed 7802

“Damia !Aku nak tempah origami.Buat origami hati eh?Nak empat belas.Aku nak esok.Bayaran jangan risau.Ok.”Munirah dari kelas sebelah nak tempah origami hati.Catat jangan tak catat.Nanti lupa pulak aku.

“Aku pun nak origami.Aku nak dua puluh empat origami bunga ros. Aku nak esok juga.Penting!”Qadri dari kelas lain nak tempah juga.Catat!

“Origami bintang!Origami bintang!Aku nak esok juga.Nak sepuluh.Aku bayar esok.”Risha rakan kelas aku pun tempah juga.Catat lagi.

Selepas diorang tempah origami,ramai lagi rakan- rakan dari kelas lain berpusu pusu mencari aku. Al maklumlah aku ni kan terror buat origami.Cikgu pun nak tempah dengan aku.Aduhai…bongkak pulak aku ni.

Tapi hasil dari buat origami inilah aku dapat duit nak tolong ibu kat rumah.Keluarga aku ni susah.Aku buat origami ni pun secara senyap senyap.Takut ibu marah.Sekali sekala,adik lelaki aku,Akmal datang secara sembunyi membantu aku membuat origami kalau tempahan banyaklah.

Sepuluh tahun lepas,ayah aku pergi tinggalkan ibu,aku sendiri dan Akmal kerana kebakaran di pejabat tempat ayah aku menjawat jawatan kerani awam.Sedih aku sekeluarga.Tapi ini dah takdirNya.Redhalah dengan ketentuanNya.

Origami!Aku belajar buat origami ni dari arwah ayah aku juga.Arwah ayah aku yang dah terror buat origami suka sangat ajar aku.Arwah ayah aku ada cerita,kisah cinta dia dengan ibu adalah melalui origami.

Aku masa tu umur 7 tahun yang tak beberapa faham apa benda berasa teruja dengan cerita ayah aku tu.Origami!Pertemuan dua jiwa menjadi satu.Kisah cinta arwah ayah dan ibu.Cinta melalui origami.Origami burung.

Kalaulah ada lelaki yang buat macam tu kat aku.Melafazkan rasa cinta melalui origami burung macam arwah ayah buat.Tapi setakat ini tak ada seorang lelaki buat macam tu kat aku.Berangan je lah.Umur baru 17 tahun ada hati nak rasai cinta.Tapi tak mustahil kan?

Sudah sudahlah berangan ye Damia.Angan tak akan jadi kenyataan.Kalau ada pun macam cara biasa lelaki tackle perempuan.Melalui bunga,coklat atau pun dengan kunjungan merisik.Hemmm….tapi aku nak rasa jugak.

“Aris!Ada orang nak jumpa kau esok.Budak praktikal kat sekolah kita yang aku cerita semalam tu.Yang handsome dan kiut miut tu.Jumpa tau.Mirza bagi amanah kat aku ni.”Suara Fifi menghilangkan lamunan aku di dalam bas.Perempuan ni memang.Dia ni suka sangat panggil nama aku dengan singkatan Aris.Aku tanya dia kenapa dia kata pula…

“Alah…kau kan tahu aku tak ada kawan lelaki.Yang ada pun si Mirza,sepupu aku.Tu lah pasal aku panggil dengan nama Aris.Tu macam nama lelaki kan?”

Aku dah menyampah nak tegur dia supaya tak lagi panggil nama aku macam tu.Fifi ni perangainya macam ustazah sedikit.Sebab ayah dia ustaz kat sekolah aku.Ayah dia memang dah larang si Fifi ni bergaul dengan lelaki.Manalah tahu terjadi maksiat pula.Itu ayah dia katalah.Tapi secara diam diam,si Fifi ni kadang kadang kawan dengan lelaki juga.

”Apa salah berkawan asalkan jangan cari musuh.Lagipun ayah aku tak tahu pun.”Dia cakap macam tu sebab aku tegur dia kenapa dia kawan dengan lelaki kalau ayah dia dah larang.Dah tu pulak ayah dia dah bagi amanah kat aku suruh jaga dia ini.Memang mencari nahas aku ni.

“Fifi!Kalau kau nak keluar dengan lelaki ke ajak aku sekali ye.Ayah kau dah bagi tanggungjawab kat aku ni.Boleh eh?”Aku tanya dia pada suatu hari.

“Ok.Aku ajak kau nanti.Lagipun macamlah aku nak keluar dengan lelaki sangat.Aku cuma nak kawan je.Aku janji dengan kau ok.”Fifi jawab dengan senag hati.

Memang dari hari itu dia tunaikan janji dia.Kalau dia jumpa Mirza,rakan sekelas merangkap sepupu belah ayah dia mesti diajaknya aku.Tak nak ada fitnah katanya.Kitaorang jumpa Mirza pun untuk belajar je.Ayah dia tak ada hal.

“Ohh…Aris.Kenapa kau termenung.Aku di sini sedang menunggu jawapan mu.”Fifi bernyanyi di sebelah aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience