BAB 12

Romance Completed 7802

“Anak ni jangan menangis sayang.Risau mak cik dibuatnya.Cerita kat mak cik apa masalah anak ni.Mungkin mak cik boleh tolong.”Mak cik tu hulurkan bantuan.Dia duduk di sebelah aku.

Aku renung mata mak cik tu dalam dalam.Anak mata coklat cair itu amat menarik perhatian aku.Aaron Mateen !Warna matanya sama dengan mak cik ni.Aku menangis lagi.

Tiba tiba mak cik tu memeluk aku.Aku hanya biarkan.Rasa selesa dan disayangi.

“Anak jangan sedih.Jangan kesali benda yang dah berlaku.Ini dah qada dan qadarnya.Redhalah dengan takdirnya.Allah swt itu amat adil dan penyayang.”Nasihat mak cik tu.

Ingat tu Damia.Redhalah dengan kententuannya.Mungkin kau akan jumpa lelaki yang lebih baik ke?Mana tahu.Aku merenggangkan pelukan.Aku senyum kepada mak cik tu.Ikhlas ni.

“Terima kasih atas nasihat mak cik.Insyaallah.Saya tak akan menangis lagi.Lagi lagi perkara yang dah lepas.Terima kasih.”Aku cakap kat mak cik tu.Kalau tak ada makcik tu tak tahulah apa yang berlaku kat aku.Entah bunuh diri tak?Frust menonggeng punya pasal.

“Mak cik tolong je.Anak ni nama apa?Nama mak cik Nur Tatiana.Panggil mak cik umi saje.Mak cik dah mula sayang kat anak ni walaupun baru kenal.”

“Er..nama saya Damia.Tak apa apa ke saya panggil mak cik ni umi?”Aku tanya mak cik.Risau pula aku.Baru jumpa orang tak dikenali dah mula panggil panggilan mesra.Tak cemburu ke anak anaknya?

“Eh apanya pula.Anak teruna umi tahu pun dia mesti suka.Tak percaya ke?Nanti umi bawa Rissa jumpa dia.Dia lah orang paling happy sekali.”

Mak cik ni mengarut apa.Anak teruna dia gembira kalau jumpa aku.Ini macam nak jodohkan aku dengan anak dia je.Hisy…tak baik sangka buruk buruk.Mak cik oopss umi Tatiana ni kan baik.

“Tak apalah umi.Lain kali je.Kita kan baru jumpa.Kalau dah lama kenal nanti Rissa jumpa dia okey.Boleh mak cik.”Air mata dah tak ada lagi.Seronok pula layan umi Tatiana ini.Terima kasih Allah.Ada juga orang yang baik hati.

“Boleh apa salahnya.Janji Rissa selalu jumpa umi.Umi nak nombor telefon Rissa.Senang nak call.”Umi Tatiana keluarkan handphone dia dari handbegnya.Lantas aku terus bagi nombor telefon aku.Seronok ada umi ni.Rindu pula kat arwah ibu.

“Eh dah azan asar.Jom Rissa kita pergi solat.”Umi Tatiana ajak aku setelah terdengar laungan azan di masjid berdekatan.

“Ok.Jom umi.”Tersenyum lebar aku.Gembira aku kerana ada orang sudi berkongsi masa bersama aku.

Kaki terus melangkah ke masjid menunaikan solat.Kewajipan setiap hamba-Nya di muka bumi ini.

Beberapa minggu berlalu.Hidupku seperti biasa.Merawat orang sakit.Aku kan doktor.Kadang kadang teringat kepada Aaron Mateen.Tapi aku berusaha nak lupakan dia.Dia dah kahwin.Aku takut berdosa merampas suami orang.So,untuk lupakan dia aku selalu luangkan masa bersama umi Tatiana.

Best kalau dengan umi Tatiana.Dia ajar aku masak,berkebun,buat kek dan baru aku tahu yang Umi Tatiana ni ada butik pengantin yang paling besar cawangan di KL ni.Bangga pula aku.

Umi Tatiana ada dua orang anak.Suami Umi Tatiana sudah meninggal dah lama dah.Kira kira 8 tahun lepas.Anak sulung perempuan.Dah kahwin dan dah anak pun.Yang bongsu lelaki.Sama umur macam aku,27 tahun.Kerja doktor macam aku juga.Bezanya dia ada klinik sendiri.

“Dr.Rissa?Ada emergency.Pesakit cedera di kepala kerana accident.Pendarahan tidak berhenti.Di ruang kecemasan sekarang.”Nurse yang bername tagkan Nura membuka pintu bilik aku dan doktor lain.Aku pandang nurse itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience