BAB 14

Romance Completed 7802

Aaron Mateen dari luar pintu hanya tersenyum melihat kemesraan uminya dengan Damia.

“Deila!Saya akan tunaikan permintaan awak.Yang awak impi-impikan.”Aliff Damien terus berlalu.Lapar!Nak pergi kantin.

“Hello!Asalamuailaikum?Apa khabar adikku sayang yang berada di U.S. tu.Tak ingat kakak di sini ke?”Aku menjawab panggilan telefon dari Akmal.Adik aku tu sekarang kat U.S.Maklumlah pramugara Malaysia Airlines katakan.

“Waalaikummusalam.Akmal baik baik aje.Sihat walafiat lagi ini.Kalau tak ingat Kak Rissa,buat apa Akmal telefon akak.”Suara Akmal di sana macam gembira.

“Ye tak ye jugak kan?Bila Akmal balik.Akak nak cenderahati dari sana tu.”Cenderahati!Best beb dapat hadiah.

“Akmal balik esok pagi waktu Malaysia.Cenderahati jangan risau.Balik nanti ada surprise untuk Akak.Just wait and see.”Kejutan apa yang dikatakan itu.Macam best je aku dengar.

“Ok.Suara Mal ni macam gembira je.Dah ada calon ke.Kenalkan kat akak.”Calon isteri.Ha ha ha.Boleh pula aku tanya si Akmal yang muda 3 tahun dari aku pasal calon isteri.Aku ni umur dah 27 tahun tapi calon suami habuk pun tarak.

“Ada!Calon untuk akak.Esok Mal kenalkan.Mal nak akak kahwin dengan dia.”Apa yang budak ni mengarut.Nak suruh aku kahwin dengan orang yang aku tak kenal langsung.

“Mengarutlah Mal.Dahlah.Kat sini dah malam.Akak nak tidur.Mengantuk.”Aku nak tidur.Jam pun dah pukul 12.30 pagi.Lewat sangat.

“Nak lari dari topiklah tu.Ok lah.Esok Mal jumpa akak.Surprise untuk akak esok.Asalamualaikum?”

“Waalaikummusalam.Bye.”Panggilan telefon terus ditutup.Aku ambil bantal dan terus merebahkan kepala.Huarghh….menguap aku.Terus menikmati tidur yang lena.

“Isteri awak tak kisah ke awak keluar dengan saya.Tak cemburu.”Aku tanya Aaron Mateen tanpa pandang muka dia di dalam kereta yang dipandunya kerana bosan dengan suasana sunyi.Tapi Aaron Mateen tak jawab.

‘Pekak ke apa?’Sedap sedap je aku labelkan orang.Aku malas nak tanya lagi.Lambat pula perjalanan ke butik umi Tatiana.

“Tak cemburu pun.Dia lagi suka.”Aaron Mateen tiba tiba bersuara.Aku pandang dia yang selamba badak tu.

“Suka pula isteri awak?Awak guraukan?”

“Taklah.Betul apa yang saya kata.”

Aku dah malas nak layan orang sebelah aku ni.Pandangan terus dihalakan keluar tingkap.

“Awak tak buat origami lagi?Kalau awak buat saya nak tempahlah.Nak origami burung seribu.”Aaron Mateen nak origami.

Aduhai.Mesti dia nak hadiahkanya kat isteri dia.Kenapa tak seorang lelaki pun hadiahkan aku origami.Kalau ada kan bagus.Tak adalah aku sakit hati si Aaron Mateen ni nak origami.Nak hadiahkan kat orang.

“Saya tak buat.Saya dah serik.Origami buat hidup saya malang.”Aku cakap macam tu ke?OMG!Origami mana ada bawa malang.Bodohnya aku.

“Origami tak bawa malanglah awak.Yang malangnya kita tak reti aturkan hidup kita.Itulah sebab hidup kita malang.”Aku hanya diam mendengar apa yang Aaron Mateen kata.Betullah tu apa yang dia kata.

“Saya akan buat hidup awak tak malang lagi.Awak nak tahu caranya?”Cara tak nak buat hidup aku malang.Ada ke?Hidup aku malang ke?Setahu aku hidup aku ok je.

“Awak nak tahu tak?”Aaron Mateen tanya.Aku buat tak peduli.Dia pun diam.Mungkin lihat aku tak layan dia.

Akhirnya kereta sampai di butik pengantin umi Tatiana.Fuhh..lega.Terlepas azab.Aku terus buka pintu kereta dan pergi ke pintu utama butik umi Tatiana.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience