BAB 10

Romance Completed 7802

“You kata apa ni Deila.I cintakan you.You cinta pertama I.Selepas habis belajar kita kahwin.Kita akan hidup bahagia.”Aaron Mateen bangun dari duduknya.Dia terus pegang pipi Adeila.Merenung Adeila untuk menyakinkan gadis itu.

“I memang cinta pertama you tapi Damia cinta terakhir you.You akan bekahwin dengan Damia nanti.”Adeila tersenyum kelat.Dia pegang tangan Aaron Mateen di pipinya.

“Tak!I tak akan kahwin dengan Damia.I akan kahwin dengan you.Kalau boleh sekarang ni I akan bagitahu uncle hubungan kita.”Muka Aaron Mateen kelihatan merah.Dia duduk balik di kerusi.Meraup mukanya.

“I dah tak akan lama lagi.Bila bila masa je I boleh pergi.Permintaan terakhir,I cuma nak you hidup bahagia dengan Rissa.”Minta Adeila.Bila bila masa Allah swt boleh ambil nyawa hamba-Nya.

“Tak!Tak!”Aaron Mateen mengeleng geleng.Air mata mula bertakung di tubir mata.

“Tolong tunaikan permintaan terakhir I.You cintakan Damia bukan I.You patut kahwin dengan Rissa.”Air mata Adeila mula menitis.

“You…I…”Dah tak terkata Aaron Mateen.Adeila…kenapa buat I macam ni.

Pintu terbuka.Terjengul Damia dengan muka gembira.Aaron Mateen hanya memandang dan Adeila tersenyum kelat.

“Ibu dah kata.Jangan buat origami lagi Damia.Origami tu membawa malang.”Suara ibu bingit di telinga semasa aku masuk ke dalam rumah.

“Damia !Rissa!”Aku terus menonong pergi ke bilik tanpa menghiraukan panggilan ibu.Aku tak sanggup dengar ibu kata origami membawa malang.Di bilik,aku merebahkan badan di katil.Aku ambil bantal dan tekupkan muka aku.

“Esok pagi,awak tolong bawa origami ye.Saya nak tengok.Sebelum pembedahan nanti.Kalau saya pandang origami mesti saya ceria dan suka.Origami buat orang ceria”Permintaan Adeila semasa aku jumpa dia di hospital sebelum dia meninggal.Aku memang tunaikan permintaan dia.Sesampainya aku di hospital keesokannya,jenazah Adeila di depan aku yang belum sempat dibedah.

Keluarga Adeila menangis di situ.Aku hanya menahan tangisan dan mencari cari Aaron Mateen.Tetapi aku tak jumpa dia setelah dia bawa aku pergi hospital ni.Membawa origami yang diminta Adeila.

Petang tu,barulah aku melihat Aaron Mateen di pengebumian arwah Adeila.Muka Aaron Mateen tenang sangat.Dia tak rasa sedih ke?Teman wanita dia pergi.Cinta pertamanya tinggalkan dia.

Setelah orang ramai beredar aku masih lagi duduk bertafakur di situ.Membaca yasin dan doa untuk arwah disana.

Bantal di muka aku di tarik ibu.Aku bangun dari katil dan pandang ibu.

“Mulai hari ini,Rissa!Jangan buat origami lagi.Bakar semua origami yang kamu buat tu.Sekarang!”Ibu mengarahkan aku.Akmal di sisi ibu hanya diam memandang aku.

“Rissa memang dah bakar selepas balik dari kubur arwah ayah dan Adeila tadi.Rissa janji tak akan buat lagi origami.”Aku terus memeluk ibu.Menangis dalam esakan.Akmal datang memeluk kami.

Sebenarnya origami yang beribu banyaknya itu tidak dibakar langsung.Aku beri origami tu kepada Aaron Mateen sebelum balik tadi.Dia dah tempah kat aku.Takkan nak bakar kut.Sayang.Lagipun dia dah bagi duit.Sepatutnya dia kena ambil.

Walaupun dia suruh aku simpan origami ni,aku tak nak.Aku tak nak menyimpan hadiah yang dia nak dihadiahkan kepada orang lain.Aku takut lebih kecewa.Aku hanya bertepuk sebelah tangan.

Orang yang patut dihadiahkan origami tu dah tiada. Aku tak tahulah apa yang dia akan buat dengan origami tu.Mungkin disimpan sebagai kenangan atau mungkin dibakar seperti yang disuruh ibu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience