BAB 9

Romance Completed 7802

Aku tidak mempedulikan siapa yang telefon Aaron Mateen.Mungkin Adeila kut yang telefon.Dia kan nak balik Paris 2 hari lagi.Aku terdengar esakan seseorang.Aku mendongak dan rupa rupanya Aaron Mateen menangis.Menangis rupanya.Tapi…

“Kenapa awak menangis.Ada apa apa ke?”Aku bangun dari kerusi dan menuju kearahnya.Aaron Mateen memandang aku sayu sebelum dia memeluk aku.Aku terkedu di situ.

“Ad..deila…dia…ko..koma.Dia koma Rissa…”Esakan Aaron Mateen buat aku lebih terkedu.Macam macam ada dalam otak aku sekarang.Adeila koma dan di sini Aaron Mateen memeluk aku erat.

Aku memandang Adeila yang terlantar di katil.Wayar wayar berselirat di seluruh tubuhnya.Ya Allah!Tak ada sesiapa yang dapat melawan takdirmu.Sesunguhnya hamba-Mu ini bertaubat kepada-Mu.Ampunkan hamba-Mu ini.

Aku mendekati Adeila.Tak dapat disangka yang gadis ini menderita menghidap penyakit barah hati.Selama ini dia merahsiakan penyakit dari keluarganya.Dengan takdir Allah,keluarganya mendapat tahu setelah Adeila pengsan secara tiba tiba masa sarapan di meja makan rumah papanya.

“Ya Allah,Adeila!Kenapa awak buat macam ni.Kesian keluarga awak.Dan paling penting kesian Aaron Mateen.”Aku cakap kat dia.Ada orang kata,kalau seseorang itu koma dia akan dengar suara orang yang berada di sekelilingnya walaupun dia terbaring macam tu.

Aku pandang ke luar tingkap.Cahaya matahari menyinar gembira melimpahkan cahaya di muka bumi ini.

“Dah lebih seminggu awak tak sedar.Awak tak penat ke terbaring macam tu Adeila.Awak bangunlah.Jumpa saya.Jumpa keluarga awak.Jumpa Aliff Damien,cinta awak.”Ayat terakhir yang aku ungkapkan tu bagai menghiris hati aku.Dahlah Damia.Mengalahlah.Kau boleh cari cinta lain.Kumbang bukan seekor.

“Damia !Awak boleh tolong buatkan origami untuk saya tak?Saya nak origami burung.”Terngiang ngiang suara ceria Adeila di telingaku semasa keluar meronda KL hari tu.Ketika tu Aaron Mateen membeli ais krim.

“Awak ingatkan apa yang awak minta masa kita keluar bersama sama hari tu.Awak kata nak origami burung kan?”Aku mengingatkan Adeila.

“Saya nak bagitahu satu rahsia kat awak.”Aku sentuh tangan sejuk dia.

“Awak tak minta origami burung pun memang saya dah buatkan untuk awak tau.Siapa yang suruh saya buat?Awak nak tahu tak?”Aku tersenyum sedikit.

“Aaron Mateen.Dia yang suruh saya buat.Sampai seribu dia tempah.Sebab dia cintakan awak sangat.Dia kata nak luahkan perasaan dia kat awak dengan origami burung.Origami burung yang awak nak sangat.”Aku teresak esak menangis.

“Kalau awak nak origami burung.Saya minta satu je.Awak tolonglah bangun dari lena yang panjang ni.Saya rela berkorban masa dan tenaga.Saya rela juga berkorban cinta saya demi awak.Saya nak awak sedar dan saya nak Aaron Mateen gembira bersama awak.”Aku melepaskan tangan Adeila.Mengelap sisa airmata aku di pipi.

“Ingat tu Adeila.Tolong sedar ok.”Selepas tu aku pegang tangan dia sekejap dan nak mengorak langkah pergi.Tapi langkah aku terhenti.Aku berpaling dan melihat Adeila mengenggam tangan aku.Ya Allah!

Pintu terbuka dan Aaron Mateen memandang aku terkejut.

“Damien!Maafkan I ye.I buat you sedih.”Adeila meminta maaf kepada Aliff Damien.Dia memandang sayu Aaron Mateen yang sedang mengupas buah di tepi katilnya.

“It’s okay.Tapi lain kali jangan buat lagi.I risau sangat.Lepas ni you jangan fikir tentang sakit you.Kita dah ada pendermanya.Dan you akan selamat.I sayang dan cintakan you sangat sangat..”Aaron Mateen pandang muka pucat Adeila.Dia tersenyum.Kesian Adeila.

“You sayangkan I tapi you lebih sayangkan Damia.You cintakan I tapi you lebih cintakan Damia.Betul tak apa yang I kata?”Adeila menguji Aliff Damien.Rasanya Aaron Mateen tak cintakan dia lagi.Aaron Mateen cintakan Damia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience