BAB 16

Romance Completed 7802

“Damia tak terima…”Mereka yang ada di situ jatuh rahang mereka.Aliff Damien bangun dari sofa di ruang hadapan butik Umi Tatiana.Dia nak pergi.

“Damia tak terima kalau Aaron Mateen tak nak bagitahu siapa yang buat origami beribu macam ni.”Aaron Mateen terhenti melangkah.Dia berpaling kepada aku.Aaron Mateen perlahan lahan melangkah ke arah aku.

“Awak terima saya kalau saya bagitahu siapa buat origami ni kan.Ok saya bagitahu.Selama 2 tahun saya cari awak,kerja saya hanya menyiapakan origami yang beribu macam ni.Dah puas sekarang.”Aaron Mateen mula tersenyum gembira.

Yahoo….Damia terima aku.Memang betul kata you Adeila.Cinta terakhir I ialah Damia.Terima kasih Adeila.

Umi Tatiana mengucapkan syukur.Akmal dan Mia terlompat lompat gembira.Kakak Aaron Mateen hanya tersenyum bahagia.

Dan aku di situ direnung macam nak dimakan oleh Aaron Mateen.Aliff Damien mendekati aku dan berbisik.

“Cik Origami,I love you forever.Ingat tu sayang.”Aaron Mateen terus peluk uminya.

“Kita akan buat majlis tunang minggu depan.Majlis nikah 2 bulan dari sekarang.Setuju tak?”Umi Tatiana minta pandangan.Semua yang ada di situ hanya mengiyakan.

“Aaron Mateen !Origami yang dulu tu macam mana?”Aku tanya dia.Origami yang aku buat beribu banyaknya tu macam mana agaknya?

“Saya dah dermakan kat rumah anak yatim.Daripada saya buang lebih baik saya bagi budak.Diorang suka main origami.”Dia tersenyum kat aku.

“Oh ye ke.Hmm…awak reti buat origami apa.Saya nak tempah.”Aku nak sakat dialah.Biar pula aku suruh dia buat origami.

“Boleh.Satu origami 2 ringgit ye.”Dia cakap.

“Mak aihh…mahalnya.Kedekutlah awak ni.Dengan calon isteri pun nak kedekut.”Aku terus memuncungkan mulut.Semua yang berada di situ tergelak.Yang lebih lebih Akmal.

“Calon isteri tak calon isteri.Tak apa.Saya tak minta duit cuma saya minta hati awak.Awak kena bagi hati awak kat saya untuk selamanya.”Dia renung aku dengan pandangan mengancam jiwa.

Aku hanya tersenyum.Malas nak layan.Lagipun aku memang dah bagi hati aku sejak dulu lagi.Terima kasih Allah.Kerana Engkau telah beri jodoh yang terbaik bagi hamba-Mu ini.

Ayah!Adeila!Memang betul kata korang yang origami buat orang bahagia.Dan sebelum ibu meninggal,Damia buatkan origami burung untuk ibu.Dan ibu gembira sangat.Origami dapat menceriakan orang.

Betul! Betul! Betul!

Share this novel

Amiimullah Aksan
2020-03-05 00:09:55 

bab 16 bab akhir ke...?

Amiimullah Aksan
2020-03-04 22:20:25 

bab 16 dh bab akhir ke..?

Amiimullah Aksan
2020-03-04 22:20:14 

bab 16 dh bab akhir ke..?


NovelPlus Premium

The best ads free experience